CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12080|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kes peniaga ditikam 27 kali: Beberapa suspek lagi dikenal pasti

[Copy link]
Post time 20-12-2023 05:04 PM | Show all posts |Read mode
Kes peniaga ditikam 27 kali: Beberapa suspek lagi dikenal pasti


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Disember 20, 2023 @ 3:24pm  bhnews@bh.com.my




Anggota forensik melakukan pemeriksaan di memeriksa lokasi peniaga nasi ekonomi ditikam 27 kali di sebuah pangsapuri di Jalan Ooi Thiam Siew di Taman Continental, Jelutong pada 5 Disember lalu. - NSTP/ ZUHAINY ZULKIFFLI




GEORGETOWN: Polis mengenal pasti beberapa lagi suspek disyaki terbabit dengan kes kematian peniaga nasi ekonomi yang ditikam 27 kali dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Jalan Ooi Thiam Siew di Taman Continental, Jelutong, di sini, pada 5 Disember lalu.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, bagaimanapun siasatan berhubung kes itu masih dijalankan dan pihaknya yakin ia dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

"Polis sudah kenal pasti beberapa lagi suspek (yang disyaki terbabit) serta cuba 'narrow down' (memperkecilkan) semua kemungkinan dan motif yang kita dapat maklumat sebelum ambil tindakan.

"Kita berpuas hati dengan penahanan beberapa individu sebelum ini yang (mana motif mereka) didapati tidak menjurus kepada pembunuhan, walaupun pada awalnya kita mengesyaki terdapat motif itu," katanya ketika sidang media hari ini.

Mohamed Usuf berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian jam 6.18 petang 5 Disember lalu, mangsa, Teh Teik Chye, 60, ditikam pada dada, leher dan abdomen sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Susulan itu, tiga suspek termasuk seorang wanita ditahan pada hari sama sebelum direman tiga hari sehingga 8 Disember lalu bagi membantu siasatan.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.045437 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list