|
Skuad Jang tepati KPI
DEVAN puas hati prestasi pasukan musim ini.
Seremban: Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC), K Devan menyifatkan pencapaian skuad bimbingannya dengan menamatkan saingan Liga Super di tempat kesembilan musim ini, sebagai memenuhi petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan.
Pengendali berpengalaman itu berkata, meskipun kedudukan tempat kesembilan carta liga itu jauh daripada pencapaian diraih musim lalu di tempat ke empat, namun ia dianggap suatu kejayaan munasabah buat skuad Hobin Jang Hobin.
Baginya dengan kekurangan yang ada berbanding pasukan lain, Negeri Sembilan masih mampu memberikan cabaran dengan baik sepanjang saingan dan menamatkan tempat kesembilan liga.
"Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan pencapaian pasukan Negeri Sembilan dalam Liga Super musim ini dan ia menepati KPI yang ditetapkan oleh pihak pengurusan kelab.
"Dengan hanya menggunakan lima pemain import berbanding pasukan lain yang dapat melengkapkan keseluruhan kuota pemain itu, Negeri Sembilan masih mampu memberikan saingan dengan baik sepanjang 26 perlawanan.
"Bukan mudah bagi pemain untuk kekalkan motivasi dan fokus dalam setiap perlawanan dengan kekurangan yang ada, tetapi hakikatnya mereka buktikan keupayaan sebenarnya," katanya di sini, hari ini.
Katanya, pencapaian itu juga dilihat setimpal dengan bajet sederhana yang disediakan oleh pengurusan NSFC.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... uad-jang-tepati-kpi
|
|
|
|
|
|
|
| |
|