CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9695|Reply: 0

[Pulau Pinang] Nelayan, kaki pancing selamatkan pemuda jatuh Jambatan Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 19-12-2023 05:38 PM | Show all posts |Read mode

Seorang pemuda tempatan berjaya diselamatkan sekumpulan nelayan dan kaki pancing selepas terjatuh dari KM3.4 Jambatan Pulau Pinang, tengah hari tadi.

GEORGE TOWN – Sekumpulan nelayan dan kaki pancing berjaya menyelamatkan seorang pemuda daripada dihanyutkan arus laut selepas dia dikatakan terjatuh dari Kilometer 3.4 Jambatan Pulau Pinang, menghala ke pulau di sini, pagi tadi.

Lelaki tempatan berusia 29 tahun itu ditemui nelayan yang ketika itu berada tidak jauh dari lokasi dia terjatuh, kira-kira 50 meter dari tembok bawah jambatan berkenaan.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 11.23 pagi tadi dan operasi tersebut melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai.

Menurutnya, terdapat sebuah motosikal jenis SYM beserta dokumen peribadi ditinggalkan oleh mangsa di atas jambatan tersebut.

“Mangsa yang terjatuh berjaya diselamatkan oleh pihak nelayan yang berada di lokasi dan membawanya ke Jeti Polis Marin.

“Lelaki terbabit dijumpai pada pukul 12 tengah hari tadi dalam keadaan selamat. Dia kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya sambil berkata operasi tamat sepenuhnya pada pukul 12.39 tengah hari tadi.

Terdahulu, tular satu video memaparkan sekumpulan lelaki menemui mangsa lalu mengangkatnya ke atas bot yang dipercayai dirakam seorang kaki pancing di bawah jambatan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... batan-pulau-pinang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.364870 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list