CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4068|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tidur sebelah mayat, pesakit bergelimpangan

[Copy link]
Post time 18-12-2023 12:14 PM | Show all posts |Read mode

Zambri terpaksa tidur di sebelah mayat dan menyaksikan pesakit bergelimpangan di hospital angkara jangkitan Covid-19. – Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Seorang bekas pesakit Covid-19 memberitahu dia tidak mahu lagi situasi orang mati dan pesakit bergelimpa­ngan di hospital terjadi sekali lagi sekiranya wabak itu kembali menyerang negara.

Zambri Mohd. Isa, 44, berkata, keadaan itu dialaminya ketika dimasukkan ke wad kecemasan sebuah hospital di Selangor ketika disahkan menghidap jangkitan virus yang teruk pada 1 Julai 2021.

Katanya, sehingga kini dia dibayangi kisah ngeri dan kesakitan yang diibaratkan hanya me­nunggu ajal.

“Saya yang tidak mampu berdiri tunggu 16 jam sebelum dimasukkan ke wad kerana begitu ramai pesakit seolah-olah berada dalam medan perang.

“Ada yang duduk atas kerusi, lantai, katil dan tempat usu­ngan. Saya bergantung pada tong oksigen dan menjamah sedikit makanan sehingga naik wad,” katanya.

Menurut Zambri, dia juga terpaksa tidur di sebelah mayat selama 12 jam selepas pesakit berusia dalam lingkungan 60-an itu meninggal dunia pada pukul 2 pagi.

Tambahnya, dia kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi apabila keadaannya semakin kritikal selepas empat hari.

“Saya sudah tinggalkan pesa­nan kepada keluarga supaya dikebumikan di sebelah pusara ayah. Benda paling sakit ialah darah diambil dari arteri dua kali sehari,” katanya.

Sehubungan itu, Zambri menasihatkan orang ramai jangan sesekali leka dan ambil mudah ketika wabak itu kembali menular di negara ini.

“Jaga diri semua,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... kit-bergelimpangan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.075089 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list