CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3945|Reply: 0

[Selangor] Longkang tersumbat punca Shah Alam banjir

[Copy link]
Post time 18-12-2023 12:09 PM | Show all posts |Read mode

Beberapa kenderaan yang terperangkap dan tidak sempat dialihkan akibat kejadian banjir kilat di Seksyen 7, Shah Alam malam kelmarin.

SHAH ALAM – Hujan lebat de­ngan bacaan 64 milimiter (mm) sejam menjadi punca beberapa kawasan di Shah Alam dilanda banjir kilat, malam kelmarin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Se­langor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, maklumat berkenaan jumlah hujan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor semalam.

“Malam semalam, bomba Selangor ada menerima panggilan air naik daripada orang awam di kawasan Bukit Raja, yang terletak berdekatan Shah Alam.

“Didapati longkang tersumbat di kawasan berkenaan yang menyebabkan air naik dianggarkan dua kaki (0.6 meter).

“Tapi waktu kejadian itu, sudah ada pekerja kontraktor yang sedang melakukan kerja pembersihan,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Sementara itu, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Mohd. Azhar Mohd. Sarif berkata, beberapa longkang yang tersumbat di bandar raya itu menjadi salah satu sebab air naik begitu cepat di beberapa kawasan semalam.

Menurutnya, anggota daripada pasukan Pantas MBSA bersama beberapa pekerja daripada syarikat kontraktor berkaitan telah diarahkan untuk melakukan kerja pembersihan longkang terlibat.

“Selain kawasan perumahan, dua buah terowong yang meng­hubungkan Seksyen 7 dengan Seksyen U12 turut dinaiki air sehingga kenderaan tidak dapat melaluinya.

“Namun, terowong tersebut dapat digunakan pada 10.15 malam selepas air surut.

“MBSA sentiasa bersedia untuk bertindak 24 jam sekiranya berlaku banjir di Shah Alam pada bila-bila masa,” ujarnya.

Dalam pada itu, salah seorang penduduk, Nur Salina Abdul Rashid, 30, berkata, hujan lebat berlaku pada pukul 6 petang, namun tidak sangka air naik begitu cepat.

Dia yang menyewa rumah di pusat komersial Seksyen 7, di sini berkata, air mulai naik berhadapan pasar raya Giant sekitar pukul 7.30 malam.

“Ada yang tidak bernasib baik apabila kereta mereka dimasuki air, lantas tidak dapat dihidupkan.

“Air mulai surut kira-kira pukul 9.30 malam. Nampaknya, kejadian banjir kilat ini sudah menjadi bencana normal di Shah Alam sekiranya hujan lebat berlaku,” katanya yang sudah me­netap 10 tahun di bandar raya itu,” katanya kesal.
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... a-shah-alam-banjir/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.033616 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list