CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4805|Reply: 5

Jemaah Masjid Tak Puas Hati Ustaz Terkenal Minta Jangan Kejar Harta Dunia "Cakap Senang Sebab Ustaz Semua Dah Ada,”

[Copy link]
Post time 18-12-2023 10:34 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Seorang ustaz yang juga penceramah terkenal disoal salah seorang jemaah di sebuah masjid tempat beliau mengajar, sehingga didakwa terus tidak menyambung sesi ceramahnya di masjid tersebut.


Melalui satu perkongsian di X, jemaah tersebut bangun bagi mewakili jemaah lain selepas ustaz itu mengeluarkan kenyataan apabila berusia 50 tahun, jemaah tidak perlu mengejar harta dunia lagi.


Ustaz tersebut menjelaskan, apabila usia menginjak ke 50 tahun, umat Islam tidak perlu lagi mengejar harta dunia dan perlu menumpukan kepada ibadat semata-mata.





Gambar Hiasan: Kosmo





Namun, seorang jemaah masjid itu bangun dan menjelaskan sebaliknya kerana menjelaskan golongan susah seperti mereka (jemaah lain) tidak boleh berehat kerana dengan umur itu mereka masih tidak mempunyai rumah sendiri lagi.


“Saya tahu ustaz ada tiga biji kereta mewah, ada tiga buah rumah. Kalau tidak silap ustaz kebun durian di Kuala Kangsar. Ceramah ustaz juga berbayar tetapi tidak pasti bayar cukai ataupun tidak.


“Betul kita tidak perlu berebut harta dunia, tapi golongan susah macam saya, rumah pun tiada lagi. Kami tidak boleh berehat, kerja hari-hari kami pun kerana Allah.


“Adakah itu bukan ibadah, ustaz cakap senang sebab ustaz semua dah ada,” jelas jemaah tersebut. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2023 10:49 AM | Show all posts
Kalau cerita ni 'hasanah' pun meols sokong pakcik tu sebab meols sendiri pernah kena sindir ngan sorg 'pak aji' kat surau, dia kata jarang ke mesjid/surau, surau tmpt meols pulak bawah block je, meols kata lah hari2 balik lambat lepas jam 8-9 malam, sebab kena OT, kadang OT wajib, kadang keja banyak, kadang meols sengaja OT nk tambah duit beli something.... dia leh kata jangan kejarkan sangat kerja-kerja dunia ni, tak ke mana kalau akhirat tak jaga... meols... -----ehhhh!!! Aku balik tetap solat, atau solat la sendiri kat tmpt keja... apa masalah... sbb tak ke surau je pun... Dia boleh lah, bussiness kontraktor semua kaut, duk banglo kat sebelah apartment meols, surau tu bukan kariah dia pun kalau ikutkan... tmpt dia kawasan banglo tu ada masjid... pergi la sana...dia suka gi surau meols sbb kariah sini agung2kan dia sbb senang mintak duit je... dia asal mmg anak beranak kaya, semua kerja sendiri, bapak dia kaya.... dtg surau tukar2 kereta, kdg bawak motor besar yg jalan jauh tu... kita ni kena kerja sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ostat celup ke ni?
Kerja tu ibadah
Dunia akhirat kena seimbang

Ostat bagi ceramah sana sini tu minta byrn x?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 02:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 07:21 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 03:34 AM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.405624 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list