View: 6538|Reply: 6
|
Penganggur Nak Tikam Imam Sebab Berang Dengar Bacaan Ayat Al-Quran Dari Surau
[Copy link]
|
|
Seorang pemuda cuba menikam imam di sebuah surau dengan menggunakan sebilah pisau.
Kejadian berlaku pada Jumaat lalu selepas imam Surau Baitulhuda di Batu Ampar, Daerah Kramat Jati, Jakarta Timur, selesai mengimamkan solat Isyak.
Menurut Ketua Polis Daerah Kramat Jati, Kompol Rusit Malaka, suspek berusia 26 tahun itu bertindak sedemikian kerana terganggu dengan bunyi bacaan ayat suci al-Quran dari surau berkenaan.
Foto: Tribunnews
"Suspek menunggu mangsa di hadapan surau Baitulhuda. Apabila bertemu, suspek bertanya, 'adakah kamu imam?'
"Mangsa menjawab 'ya'. Suspek kemudian segera mengeluarkan pisau yang disimpannya dan mengacukan ke arah mangsa," kata Rusit.
Bagaimanapun, mangsa sempat mengelak daripada serangan tersebut.
Dia kemudian menjerit meminta pertolongan sebelum penduduk kampung datang ke lokasi dan menahan suspek.
Ketika disoal siasat polis, suspek mengakui bertindak sedemikian kerana berasa resah apabila mendengar suara mangsa mengimamkan solat dan mengaji al-Quran di dalam surau.
Sementara itu menurut keluarganya, suspek yang juga seorang penganggur pernah mengadu terdengar bisikan dari sekelilingnya.
Suspek kini ditahan di Balai Polis Kramat Jati dan pihak polis masih melakukan siasatan lanjut memandangkan perlu memastikan keadaan kesihatan mentalnya. -CARI
Sumber: mStar/Kumparan.com |
|
|
|
|
|
|
|
Speaker terkuat tu. Cam kawasan perumahan aku. Dahler speaker pecah volume kuat. Pelik pakcik2 ajk masjid ni ada masalah pendengaran ke? Umah aku jarak 500m pun boleh dengar dgn jelas. Camnelah umah2 yg berdekatan masjid tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
kat kwsn umah aku
isyak jek mula la azan nya selow....kena plk ninjau keluar nak mendengonya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tak..seblm tajuk Tu ko letak (Luar Negara)...
Tak Susah pun lah..kalau ye pun nak capai kpi |
|
|
|
|
|
|
| |
|