CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5633|Reply: 0

[Kedah] Bar emas hadiah terakhir untuk ibu

[Copy link]
Post time 17-12-2023 10:12 AM | Show all posts |Read mode
Bar emas hadiah terakhir untuk ibu


Hamzah Osman
[email protected]



Khalijah Man menunjukkan gambar Allahyarham Mohammad Khairie Shaari yang ditemukan lemas di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi. FOTO HAMZAH OSMAN




Langkawi: Bar emas menjadi pemberian terakhir Mohammad Khairie Shaari, 32, kepada ibunya sebelum dia pergi untuk selama-lamanya.

Mohammad Khairie, anak bongsu dari tiga beradik ditemui mati lemas di Pantai Tanjung Rhu di sini, petang semalam.

Khalijah Man, 68, berkata bar emas itu dibeli oleh anaknya menerusi wang hasil gaji pertama bekerja sebagai Eksekutif Runcit di sebuah kedai emas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di sini.

"Arwah memang manja dan rapat dengan saya, apabila bercakap selalu membahasakan dirinya sebagai 'adik' kerana dia anak bongsu, manakala dua lagi anak saya adalah perempuan.

"Saya tidak pasti berat sebenar bar emas yang diberikan itu, tapi akan simpan hadiah istimewa itu untuk selama-lamanya dan sebagai kenangan sepanjang hayat," katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.

Khalijah yang juga ibu tunggal selepas kematian suami empat tahun lalu berkata, dia mengetahui tragedi yang menimpa anak bongsunya itu selepas anak sulungnya menerima panggilan daripada polis pada 6.15 petang kelmarin

"Kami anak beranak terkejut dengar berita mengatakan dia tenggelam dan hilang ketika mandi di Tanjung Rhu, selain polis meminta pengesahan berkaitan kereta warna kuning yang ditemui berhampiran kawasan kejadian.

"Arwah tiada masalah kesihatan, malah dia dengan suara ceria ada menelefonnya saya sebaik tiba di Pantai Tanjung Rhu untuk mandi berseorangan kira-kira 5.45 petang kelmarin," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat pekerja sebuah kedai emas berkenaan, petang semalam.

"Mayat mangsa ditemui lebih kurang 250 meter dari tempat kejadian lemas dilaporkan pada jam 6.55 petang dan pengecaman mayat telah dibuat oleh ibu mangsa.

"Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk tujuan bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.



Disiarkan pada: Disember 17, 2023 @ 7:54am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.301216 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list