CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29352|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kementerian Sumber Manusia, KDN akan bincang isu pekerja asing

[Copy link]
Post time 16-12-2023 06:04 PM | Show all posts |Read mode
Kementerian Sumber Manusia, KDN akan bincang isu pekerja asing

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
16 Disember 2023 05:03pm




Steven menandatangani plak ketika mengadakan lawatan ke Hospital Bukit Mertajam pada Sabtu.



BUKIT MERTAJAM - Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai isu pekerja asing dalam masa terdekat termasuk cadangan untuk meletakkan perkara berkaitan golongan itu di bawah bidang kuasa kementerian yang sama.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, beliau sudah bertemu dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Khamis untuk membincangkan beberapa isu termasuk tentang pekerja asing.



"Saya minta adakan satu pertemuan untuk bincangkan tentang dasar dan operasi pekerja asing di Malaysia secara terperinci terutamanya tentang bidang kuasa kedua-dua kementerian.

"Kita akan buat pengumuman selepas perbincangan tersebut. Itu antara perkara pertama selepas saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Sumber Manusia," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Hospital Bukit Mertajam di sini pada Sabtu.



Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, setakat ini, beliau telah meninjau semua jabatan dan badan berkanun di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk membuat penelitian.

"Kita akan meneruskan kesinambungan, rombakan ini (Kabinet) ini berlaku dalam kerajaan yang sama, transaksi berlaku dengan kerajaan yang sama. Kita akan memastikan ada kesinambungan pada dasar-dasar yang baik.

"Mana-mana dasar yang memerlukan penambahbaikan, kita akan buat selepas ini. Beri saya sedikit masa untuk meneliti kementerian ini dahulu, bukan sahaja jabatan-jabatan malah dasar kementerian. Kita akan buat pengumuman dari masa ke semasa," katanya lagi.

Steven berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan daripada beberapa pihak agar isu pekerja asing diletakkan di bawah bidang kuasa kementerian yang sama.


Dalam pada itu, Steven berkata, sebanyak RM230,000 diperuntukkan untuk tiga projek di Hospital Bukit Mertajam iaitu menaik taraf sistem penyaman udara dan elektrik, membekalkan peralatan di zon menunggu di jabatan kecemasan dan trauma serta memasang kipas di zon yang sama.

"Projek pertama iaitu pemasangan 18 buah penyaman udara melibatkan enam lokasi iaitu di jabatan psikiatri, jabatan patologi, klinik pergigian, wad 5 pembedahan, jabatan telinga, hidung dan tekak serta unit carakerja. Semua ini bernilai RM195,835.



"Projek kedua iaitu membekalkan peralatan di zon menunggu di jabatan kecemasan dan trauma bernilai RM29,089 manakala projek ketiga adalah memasang enam buah kipas di zon yang sama bernilai RM2,130.

"Semua peruntukan ini daripada pejabat saya (Parlimen Bukit Mertajam)," katanya.

Tambah beliau, kemudahan itu akan dinikmati oleh 500 pesakit setiap hari di enam jabatan.

"Kemudahan ini juga akan memberi manfaat kepada 300 kakitangan hospital ini menjadikan 800 orang akan menikmatinya.

"Majikan harus memastikan tempat kerja selamat, sihat dan selesa untuk pekerja kerana mereka ini lah melakukan kerja setiap hari," katanya.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dah tak ada yang nak shopping di Nilai, sekarang jadi bandar hantu
RalineDah tak ada yang nak shopping di Nilai,
Views : 37528 Replies : 45
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201626 Replies : 7502
Mental Intan Najuwa tak kuat, respect ibu yang jaga anak tak ada pembantu
RalineMental Intan Najuwa tak kuat, respect ib
Views : 10770 Replies : 9
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 119311 Replies : 5115
A Moment Like This, Ning
JoyahMengayahA Moment Like This, Ning
Views : 2992 Replies : 1
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 20016 Replies : 14
Ada yang menangis dan menyumpah seranah doktor-doktor sebab menzalimi orang nak tunaikan haji...ramai bakal jemaah 'Sangkut' Masa Check Up - "Automatik Gagal & Tak Layak Tunai Haji"
YgBenarAda yang menangis dan menyumpah seranah
Views : 7950 Replies : 159
Footballer Kertu Tanggal Seluar Dalam Demi Iklan
beggFootballer Kertu Tanggal Seluar Dalam De
Views : 34426 Replies : 72
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 144539 Replies : 1537
Anwar kenang Erdogan hulur bantuan di saat sukar
RalineAnwar kenang Erdogan hulur bantuan di sa
Views : 10567 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.038073 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list