CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29970|Reply: 0

[Terengganu] Mangsa banjir Terengganu melonjak 2,103 orang

[Copy link]
Post time 16-12-2023 05:32 PM | Show all posts |Read mode

Seekor kucing menyelamatkan diri daripada banjir di Kampung Paya, Balai Besar, Dungun hari ini.

KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang kedua yang melanda Terengganu sejak kelmarin semakin memburuk dengan menjejaskan 2,103 mangsa daripada 523 keluarga.

Enam daerah terlibat ialah Dungun, Hulu Terengganu, Besut, Kemaman, Marang dan Setiu.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, sebanyak 44 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di enam daerah terbabit.

“Dungun menjadi daerah paling terjejas dengan 1,069 mangsa daripada 264 keluarga telah berpindah di 14 PPS.

“Seramai 306 mangsa daripada 72 keluarga pula berada di sembilan PPS di Hulu Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, Besut pula mempunyai 222 mangsa daripada 62 mangsa yang berlindung di tujuh PPS.

Tambah beliau, sebanyak tiga PPS yang menempatkan 206 mangsa daripada 49 keluarga telah dibuka di Kemaman.

“Sebanyak empat PPS yang mempunyai 202 mangsa daripada 35 keluarga pula dibuka di Marang.

“Seramai 97 mangsa daripada 41 keluarga pula berada di tujuh PPS di Setiu,” katanya,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... elonjak-2103-orang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 1.678519 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list