CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18691|Reply: 0

[Perak] Ibu tidak sanggup ke lokasi nahas, tak sampai hati lihat anak

[Copy link]
Post time 16-12-2023 04:56 PM | Show all posts |Read mode

Julia Ismail menunjukkan gambar anaknya, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie yang maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta dipandu seorang pegawai kanan polis dalam kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, di sini semalam. bersama abang mangsa, Zarul Fitri- Foto NSTP/MUHAMMAD ZULSYAMINI SUFIAN SURI

IPOH: Julia Ismail nampak orang ramai berkerumun di lokasi motosikal anaknya dilanggar kereta yang dipandu seorang pegawai kanan polis berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, di sini semalam.

Restorannya kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian menimpa Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, malah dia juga tahu kemalangan itu membabitkan anaknya kerana pelanggan di situ bercerita.

Namun, Julia, 50, enggan ke lokasi kejadian itu kerana tidak sanggup melihat anak bongsunya itu dalam kesakitan di situ.

"Saya tahu sendiri apabila mendengar pelanggan di restoran kami bercakap mengenai kemalangan menimpa anak saya.


"Saya pun tak sanggup hendak pergi tengok dia (arwah) menggelupur (kesakitan)," katanya.

Muhammad Zaharif Affendi adalah pelajar Tingkatan Lima yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar dengan sebuah kereta dipandu seorang pegawai kanan polis dalam kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, di sini semalam.

Kata Mimi Julia, lokasi restoran tempat dia sekeluarga berniaga tidak jauh iaitu sekitar 100 meter dari lokasi kejadian.

"Walaupun dekat, dari kedai kami pun boleh nampak dari jauh orang ramai berkerumun di lokasi tempat anak saya dilanggar, waktu itu juga ada yang memaklumkan anak saya yang terbabit kejadian itu namun saya tak mampu hendak pergi ke situ.

"Ketika di rumah mayat (Jabatan Forensik) pun hanya dua anak saya yang lain menguruskan jenazah Zaharif. Saya tengok jenazah (Zaharif) pun sudah tak mampu," katanya ketika ditemui pemberita di Taman Chepor Sentosa, di sini hari ini.

Menurutnya lagi, arwah anak bongsu dari empat beradik itu disifatkan sangat meminati bidang permotoran dan berhasrat ingin melanjutkan pengajian dalam bidang itu selepas tamat SPM malah arwah ketika ini disifatkan mahir dalam menyelenggara motosikal kenalannya.

Katanya, sejak sebulan kebelakangan ini Zaharif ada menunjukkan kelakuan berbeza berbanding kebiasaan termasuk gemar menjamah makanan di waktu tengah malam selain kurang mengunjungi restoran mereka melainkan untuk minta duit belanja sekolah.

Sementara itu kakak Zaharif, Nur Zawani, 28, berkata sewaktu kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari, dia mahu menghantar anak-anaknya ke restoran tempat ibu (Mimi Julia) dan ayahnya, sebelum ke tempat kerja sebelum melihat orang ramai mengerumuni lokasi kejadian.

Katanya, setiba di situ seseorang datang memberitahu yang adiknya dilanggar.

"Ketika sampai di situ saya lihat Zaharif dalam keadaan seperti separa sedar ada bercakap sedikit yang dia kesakitan dan waktu itu juga saya memang ada nampak pemandu itu ada di situ dalam kalangan orang ramai.

"Saya yang menghubungi ambulans dan ketika itu kedengaran banyak suara mengatakan yang Zaharif sengaja dilanggar namun pada masa itu tumpuan utama saya adalah hanya untuk menyelamatkan nyawa adik.

"Mungkin pada masa itu saya memakai seragam jururawat maka pemandu itu tidak menyangka yang saya adalah kakak mangsa yang dilanggarnya atau menyangka saya sekadar jururawat yang ingin membantu dan kebetulan berada di tempat kejadian.

"Dia pun saya lihat beredar dari tempat kejadian dalam pada dia sendiri ketika itu tidak ada menawarkan sebarang pertolongan termasuk tiada permohonan maaf saya terima daripadanya ketika itu," katanya.

Sementara itu, abang mangsa, Zarul Fitri, 29, berkata keluarganya kini sedang berbincang untuk melantik peguam bagi bantu menguruskan proses undang-undang di mahkamah agar keadilan terhadap adiknya dapat ditegakkan.

"Memang kami bercadang hendak melantik peguam tetapi kami masih dalam perbincangan lagi tanpa sebarang keputusan muktamad setakat ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... pai-hati-lihat-anak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.049639 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list