CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8383|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Ketua Polis Negara pastikan siasatan telus, adil

[Copy link]
Post time 16-12-2023 12:39 PM | Show all posts |Read mode

Tan Sri Razarudin Husain (kiri). Gambar kanan, kejadian pelajar tingkatan lima maut dilanggar di hadapan sekolah.

Kuala Lumpur: "Siasat adil dan telus akan dilakukan membabitkan semua sudut berhubung kejadian seorang pegawai kanan polis didakwa melanggar mati pelajar sekolah berusia 17 tahun semalam," ujar Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata, pegawai kanan polis berusia 44 tahun itu akan dibawa ke mahkamah pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

"Polis tidak akan sesekali melindungi atau berkompromi dalam isu ini walaupun ia membabitkan pegawai kanan polis.

"Buat masa ini saya sudah bercakap dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri serta KP Perak bagi memantau siasat kes ini dengan rapi.



"Siasatan awal dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 namun polis juga akan melihat kepada keperluan siasatan di bawah lain-lain seksyen bersesuaian dengan kesalahan apabila siasatan lengkap kelak," katanya.

Beliau memberi jaminan siasatan telus akan dilakukan polis membabitkan kedua-dua pihak.

"Setakat ini polis sudah merakam percakapan dan mengambil keterangan tujuh pelajar sekolah yang berada di lokasi kejadian.

"Polis juga mengalu-alukan saksi lain yang dapat menyalurkan maklumat kejadian kepada polis. Apabila lengkap siasatan nanti, ia akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya.

Dalam kejadian semalam, seorang pegawai kanan polis ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes kemalangan membabitkan pelajar lelaki berusia 17 tahun yang maut dilanggar sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Ipoh, Perak.

Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari itu, suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah didakwa memandu kereta Perodua Ativa sebelum terbabit kemalangan dengan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha.

Pelajar terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... siasatan-telus-adil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.055130 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list