View: 4833|Reply: 0
|
Layak hatrik MVP di ABK 2023
[Copy link]
|
|
ARIF AIMAN melalui musim yang cukup cemerlang bersama JDT dan skuad kebangsaan.
KEPUTUSAN untuk pemenang Pemain Paling Bernilai (MVP) pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2023 seakan sudah ‘bocor’ apabila bintang muda sensasi Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman Hanafi hampir pasti layak untuk dinobatkan sekali lagi.
Pemain berusia 21 tahun itu sebelum ini berjaya merangkul anugerah yang sama sejak 2021 dan kali ini bakal melengkapkan hatrik kejayaan itu selepas namanya bukan sahaja meniti di bibir peminat bola sepak negara, sebaliknya Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) juga sudah mengiktirafnya.
Dalam satu artikel di laman rasmi badan induk bola sepak dunia itu, Arif Aiman berada dalam senarai lima pemain yang dianggap oleh FIFA sebagai wajar diberikan perhatian pada saingan Piala Asia nanti ekoran prestasinya yang memuncak bersama JDT dan Harimau Malaya.
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam laman twitternya semalam turut menyenaraikan Arif Aiman sebagai salah seorang daripada empat pemain terbaik untuk aksi terakhir saingan Liga Juara-Juara Asia bersama Alibek Davronov (FC Nasaf), Marwan Al Sahafi (Al Ittihad) dan Soto Miura dari kelab Jepun, Ventforet Kofu.
Musim ini ini turut menyaksikan Arif Aiman berjaya meledak 14 gol dan 16 umpanan jaringan dalam kesemua aksi domestik Liga Malaysia selain turut berjaya menjaringkan tiga gol dan dua umpanan pada saingan Liga Juara-Juara Asia serta mengumpul enam gol bersama skuad Harimau Malaya.
https://www.kosmo.com.my/2023/12/16/layak-hatrik-mvp-di-abk-2023/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|