CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4800|Reply: 0

Al Ahly dan Urawa Reds tempah tiket separuh akhir Piala Dunia Kelab

[Copy link]
Post time 16-12-2023 12:05 PM | Show all posts |Read mode

PEMAIN Al Ahly's Anthony Modeste (kanan) berebut bola dengan wakil dari Al Ittihad's Ahmed Hegazy

Jeddah: Al Ahly berjaya menewaskan Al Ittihad yang diketuai oleh Karim Benzema dengan jaringan 3-1 dalam perlawanan kedua Piala Dunia, semalam.

Kemenangan terbabit sekali gus menyaksikan kelab yang berpengkalan di Mesir itu mengikuti jejak langkah pasukan dari Jepun Urawa Reds untuk melangkah ke pusingan seterusnya dalam saingan terbabit.

Gol Al-Ahly dijaringkan Ali Maaloul menerusi penalti selain Hussein El Shahat dan Emam Ashour turut menyumbat gol di setiap babak memastikan kemaraan Al-Ahly ke separuh akhir di Jeddah.

Dua sepakan penalti diberikan di babak pertama, satu disempurnakan oleh Maaloul pada minit ke-21 dan Benzema terlepas peluang menyamakan kedudukan apabila penaltinya diselamatkan Mohamed El Shenawy sebelum rehat.



El Shahat menambah jaringan pada minit ke-59 diikuti jaringan Ashour tiga minit kemudian.

Anthony Modeste dilayangkan kad merah pada minit ke-90 dan kelebihan itu digunakan oleh Al-Ittihad untuk meledak gol sagu hati menerusi Benzema.

Juara Mesir itu akan bertemu juara Copa Libertadores, Fluminense dari Brazil dalam aksi separuh akhir Isnin ini.

Sebelum itu, jaringan tunggal Alex Schalk memberikan Urawa Reds kemenangan ke atas lawan dari Mexico, Leon, dan akan bertemu Manchester City di separuh akhir pada Selasa. - AFP
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... r-piala-dunia-kelab
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.311633 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list