CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4567|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua rakan maut tersepit dalam kereta

[Copy link]
Post time 16-12-2023 11:02 AM | Show all posts |Read mode
Dua rakan maut tersepit dalam kereta

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
16 Disember 2023   08:28am




Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan, awal pagi Sabtu.



KEPALA BATAS - Dua rakan maut apabila kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Sungai Lokan, di sini kira-kira jam 2 pagi Sabtu.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas, Pegawai Bomba Kanan II Nazril Syazwan Khalil berkata, kedua-dua mangsa yang parah meninggal dunia di lokasi kejadian.



Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Muhammed Ahsan Mohamed Ayub, 32 dan Muhammad Fakhrul Rodzi Fauzi, 31.

"Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 2.41 pagi berhubung satu kemalangan di lokasi tersebut. Ketika tiba di lokasi, kita mendapati sebuah kereta Perodua Myvi telah terjatuh dari tebing di tepi jalan.


"Terdapat dua mangsa berada di dalam kenderaan tersebut. Pemeriksaan mendapati kedua-duanya telah meninggal dunia kerana cedera di beberapa bahagian badan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.


Kedua-dua mangsa berjaya dibawa keluar namun disahkan meninggal dunia akibat parah.




Tambah beliau, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat pelanggaran antara Perodua Myvi dengan kereta BMW.

"Pemandu BMW yang berusia 46 tahun bagaimanapun selamat dan tidak cedera. Dia berjaya keluar sendiri daripada kenderaannya sebelum bomba tiba manakala dua mangsa lagi tersepit.




"Kedua-dua mayat mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat pada jam 4.04 pagi," tambahnya lagi.



Kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah selepas tersepit.




Beliau berkata, kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang wanita cedera selepas kereta Toyota Rush dipandunya hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik.



Pegawai Operasi BBP Bukit Mertajam, PBK I Abu Bakar Hassan berkata, kejadian berlaku di Jalan Sungai Lembu, Pagar Teras, Bukit Mertajam.

Menurutnya, mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 24 tahun cedera dalam kejadian pada jam kira-kira 9.20 malam, Jumaat.


Pasukan bomba sedang berusaha mengeluarkan pemandu wanita yang tersepit selepas kenderaannya melanggar tiang elektrik dalam kejadian malam Jumaat.




"Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 9.29 malam lalu bergegas ke lokasi kejadian.

"Ketika tiba di lokasi, kita mendapati sebuah kereta telah hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik menyebabkan mangsa tersepit di bahagian pemandu," katanya.

Beliau menambah, mangsa berjaya dibawa keluar dan diserahkan kepada pihak hospital untuk dibawa ke Hospital Bukit Mertajam.

Operasi tamat pada jam 9.45 malam.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.054597 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list