CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27681|Reply: 0

[Pulau Pinang] Gangguan bekalan air di luar musim puncak tidak jejas pelancongan Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 15-12-2023 10:31 PM | Show all posts |Read mode
Gangguan bekalan air di luar musim puncak tidak jejas pelancongan Pulau Pinang
Disember 15, 2023 @ 9:34pm



Gangguan air secara berjadual selama empat hari di seluruh Pulau Pinang pada Januari ini tidak akan menjejaskan industri pelancongan negeri itu dengan ketara. - Foto hiasan



GEORGETOWN: Gangguan bekalan air selama empat hari di seluruh Pulau Pinang pada Januari ini tidak akan menjejaskan industri pelancongan negeri itu dengan ketara.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Wong Hon Wai, berkata ini berikutan gangguan air secara berjadual bermula 10 hingga 14 Januari itu berlaku di luar musim puncak cuti sekolah dan musim perayaan.

Pihak hotel juga, katanya sudah pun dimaklumkan lebih awal agar mengambil langkah kontingensi dengan menyediakan simpanan tambahan bagi kegunaan sepanjang tempoh ketiadaan air dan sementara bekalan dapat dipulihkan sepenuhnya.

"Saya ambil maklum mengenai kebimbangan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Pulau Pinang berkenaan gangguan bekalan air bulan depan, malah Pengerusinya, Tony Goh juga ada berjumpa saya menyuarakan kekhuatiran situasi itu akan menjejaskan operasi perhotelan di negeri ini.

"Berdasarkan maklumat diterima daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), hotel di sepanjang Batu Feringghi dan Tanjung Bungah tidak terjejas kerana mereka bergantung kepada Empangan Teluk Bahang dan yang terjejas hanyalah hotel di George Town dan Seberang Perai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ditemui pada majlis meraikan delegasi 30 pengendali pelancongan dan media Thailand sempena lawatan suai kenal bagi mempromosikan Pulau Pinang, di sini hari ini.

Hon Wai berkata, beliau akan memanjangkan kebimbangan MAH itu kepada pihak PBAPP dalam masa terdekat untuk melihat kaedah yang boleh diambil bagi membantu pengusaha hotel walaupun kebanyakannya sudah diminta menyimpan air tambahan untuk tiga atau empat hari kerana tangki sedia ada hanya mampu bertahan 48 jam.

Sebelum ini, PBAPP mengumumkan 590,000 pengguna termasuk bukan domestik akan mengalami gangguan air berjadual selama 96 jam bermula 6 pagi, 10 Januari hingga 6 pagi, 14 Januari bagi memberi laluan kepada kerja penggantian dua unit injap di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, selain kerja sampingan lain di 22 lokasi di seluruh Pulau Pinang. –BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.439448 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list