CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9012|Reply: 0

[Kedah] Bilal Yusra dah tiada

[Copy link]
Post time 15-12-2023 12:52 PM | Show all posts |Read mode
Bilal Yusra dah tiada


Noorazura Abdul Rahman - Disember 15, 2023 @ 12:21pm [email protected]




Mohammad Bilal Yusra. - FOTO Ihsan Mohammad Azhar Arzemi




ALOR SETAR: Mohammad Bilal YusraMohammad Azhar, kanak-kanak berusia tiga tahun yang menderita kecacatan tempurung kepala atau Alobar holoprosencaphly meninggal dunia awal pagi tadi.

Dia disahkan meninggal dunia jam 4.50 pagi di pangkuan ibu, Nurul Izzati Adawiyah Mohd Zaidi, 26, dan bapa, Mohammad Azhar Arzemi, 31, di rumah mereka di Kampung Sungai Ular, Kulim.

Nurul Izzati Adawiyah berkata, dia reda dengan pemergian anaknya yang turut mempunyai masalah jantung berlubang selain tidak dapat melihat dan sumbing sejak lahir.

"Walaupun sedih, saya reda dengan pemergiannya. Beberapa hari sebelum ini, Bilal nampak seperti biasa cuma dia kerap merenget.

"Dia meninggal dunia di samping saya dan suami pagi tadi," katanya ketika dihubungi.

Nurul Izzati Adawiyah berkata, jenazah anak keduanya itu akan dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ular.

Media sebelum ini melaporkan penyakit Bilal semakin kronik, selain kepalanya juga semakin membesar mencapai berat 28 kilogram.

Kanak-kanak itu memerlukan penjagaan rapi, menyebabkan Mohammad Azhar dan isteri tidak dapat bekerja tetap walaupun kesempitan wang. Seorang lagi anak mereka, Nur Khaulah Al-Azwar, 6, pula mempunyai masalah pendengaran serta tulang belakang.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.045465 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list