CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6001|Reply: 0

[Kedah] Penubuhan Pusat Rujukan Haji dimuktamad 2024

[Copy link]
Post time 14-12-2023 12:56 PM | Show all posts |Read mode
Penubuhan Pusat Rujukan Haji dimuktamad 2024

oleh WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
14 Disember 2023   12:04pm




Syed Saleh (tiga dari kiri) menerima cenderamata daripada Prof Dr Russayani.



SINTOK – Model penubuhan Pusat Rujukan Haji (Rajih) bakal dimuktamadkan pada 2024 selepas perbincangan dan pertemuan Lembaga Tabung Haji (TH) dengan Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, pusat kecemerlangan itu dijangka mencapai keputusan muktamad selepas beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan pengurusan tiga buah universiti tersebut.



Menurutnya, TH telah menawarkan kepada beberapa buah universiti tempatan dan sehingga kini tiga universiti telah memberi persetujuan untuk berbincang dan menyediakan model berkenaan.

“Pastinya hasil dari pertemuan, taklimat dan perbincangan yang diadakan ini, kami dapat membawanya ke pihak pengurusan TH untuk tindakan lanjut seperti Rangka Tindakan (Blueprint) yang dilancarkan bagi tahun 2021-2025,” katanya semasa ditemui selepas majlis pertemuan dengan pihak Pusat pengajian Perniagaan Islam (IBS) dan Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat (IPIZ) dan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) di bilik Mesyuarat bangunan Jabatan Canselori UUM baru-baru ini.



Dalam kunjungan tersebut, Syed Saleh mengadakan pertemuan dan mendengar taklimat mengenai cadangan penubuhan Rajih yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UUM, Prof Dr Russayani Ismail.

Penyelidik dan Tenaga Pakar UUM, Prof Madya Dr Mohd Farihal Osman membentang dan menerangkan mengenai idea konsep dan mekanisme Rajih iaitu inspirasi, bentuk kerjasama, cadangan kewangan, jenis perbelanjaan, fungsi, Pusat Rujukan Haji Malaysia, memperkasa TH dan juga prospek Rajih masa hadapan.

Jelasnya, beliau berharap cadangan yang diketengahkan oleh pihak IBS untuk menjadikan Rajih sebagai Pusat Rujukan Haji Terkemuka di Dunia melalui kerjasama strategik antara TH dan UUM dalam penyelidikan, perundingan, inovasi, kepimpinan dan amalan terbaik ini akan mengangkat nama UUM di mata dunia.

Sementara itu Dr Russayani pula berkata, dengan kepakaran di kalangan pensyarah dan pengalaman Tabung Haji, diharap penubuhan Rajih akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat.


“Saya melihat penubuhan ini akan memberi satu lagi sejarah manis kerana UUM akan menyambut usia 40 tahun pada tahun 2024,”ujar beliau lagi.


sumber



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.094463 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list