CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5819|Reply: 0

Liverpool kehilangan Allister

[Copy link]
Post time 14-12-2023 10:01 AM | Show all posts |Read mode

AllSTER mengalami kecederaan lutut yang serius ketika berdepan Sheffield United. -FOTO AFP

London: Alexis Mac Allister tidak akan beraksi apabila Liverpool berdepan Manchester United Ahad ini dengan Jurgen Klopp menegaskan bahawa dia tidak pernah mengalami kecederaan lutut seperti itu.

Pemain tengah Argentina itu mengalami kecederaan serius pada lututnya ketika mereka melakar kemenangan 2-0 di tempat lawan minggu lalu di Sheffield United yang memaksanya dikeluarkan pada minit ke-59.

Dia kemudiannya tidak diturunkan ketika Liverpool menang 2-1 di Crystal Palace dan tidak bersama rakan sepasukan Reds untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Europa Khamis lalu menentang Union Saint-Gilloise di Belgium.

Perkhabaran itu pasti membimbangkan peminat Liverpool, apabila Klopp sendiri tidak pasti bila pemenang Piala Dunia 2022 itu akan kembali ke padang.



Sejak menyertai Liverpool dengan perjanjian bernilai £55 juta (RM324.27 juta) dari Brighton pada musim panas, pemain berusia 24 tahun itu menjaringkan satu gol dan mencipta dua bantuan dalam 18 perlawanan di semua pertandingan.

Kecederaannya di Bramall Lane pada mulanya dijangka tidak serius, tetapi Klopp menyatakan bahawa kecederaan itu tidak seperti apa yang dilihatnya sebelum ini.

Bercakap pada sidang pengendali dari Jerman itu berkata: "Saya jelas bukan seorang doktor tetapi mereka menerangkan kepada saya hampir setiap hari mengapa dia belum bersedia dan ia jelas sedikit lebih rumit daripada yang kita fikirkan pada mulanya.

"Pemain lain memijak lututnya dan kesakitan itu menembusi otot hingga ke tulang.

"Dan kini kami perlu menunggu sehingga tulang sembuh dan sehingga Macca dapat menangani kesakitan itu, kerana ia agak menyakitkan.

"Saya tidak pernah berdepan dengan kecederaan seperti itu untuk salah seorang pemain saya sebelum ini tetapi kini kami mengalaminya," kata Klopp.

Ketiadaan Mac Allister untuk perlawanan hujung minggu ini menentang saingan United menjadikan Wataru Endo sebagai satu-satunya pertahanan tengah Liverpool.

Dia kini boleh bergandingan bersama Dominik Szoboszlai dan Ryan Gravenberch di Merseyside menentang Red Devils yang dilanda krisis kecederaan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -kehilangan-alliste
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.322963 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list