CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24584|Reply: 0

'Arif Aiman anugerah Allah untuk bola sepak Malaysia'

[Copy link]
Post time 13-12-2023 09:42 PM | Show all posts |Read mode
'Arif Aiman anugerah Allah untuk bola sepak Malaysia'


ARIF Aiman menjaringkan gol menerusi gerakan solo sensasi ketika JDT menewaskan BG Pathum 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim, semalam. FOTO NUR AISYAH MAZALAN


Kuala Lumpur: "Arif Aiman (Hanapi) adalah anugerah Allah untuk bola sepak Malaysia."

Demikian pandangan jurulatih muda sedang meningkat naik, Sulaiman Hussin yang mengakui terpegun dengan aksi menakjubkan pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT) itu ketika mencetak gol keempat dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang BG Pathum United, semalam.

Jelas Sulaiman yang juga bekas jurulatih Kuching City, gol hasil gerakan solo dari tengah padang sejauh 70 meter itu dianggap luar biasa dan boleh dicalonkan ke Anugerah Puskas Fifa, tahun depan.

"Gol dijaringkan Arif Aiman bagi saya ada kekuatan dan kelajuan sehingga mampu mengatasi pertahanan serta ketenangan untuk meletakkan bola ke dalam gawang.

"Bagi saya ia antara gol terbaik tahun ini dan boleh dicalonkan sebagai salah satu gol terbaik Puskas bagi 2023," katanya.

Dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim itu, Arif Aiman berlari dari kawasan tengah padang JDT di sebelah tepi sebelum pantas menggelecek bola ke dalam kotak penalti lawan untuk menjaringkan gol keempat pasukannya.

Malah, dalam gerakannya itu dia melepasi dua pertahanan lawan sebelum tenang memperdayakan penjaga gol BG Pathum, Chatchai Budprom pada minit ke-92.

Antara individu yang terpegun dengan jaringan itu adalah pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dilihat tercengang melihat aksi 'superb' Arif Aiman itu.

Menerusi ulang tayang yang disiarkan oleh stesen televisyen swasta, Tunku Ismail berdiri sambil menepuk tangannya sebagai tanda penghormatan buat pemain sayap skuad kebangsaan itu.

Selain Tunku Ismail, peminat bola sepak tanah air turut memuji kelincahan pemain daripada produk Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) itu yang dilabelkan umpama 'Messi' jelmaan Malaysia.

Pada perlawanan itu, JDT menewaskan BG Pathum United, 4-1 untuk menduduki tangga ketiga kumpulan.

Pelawat mendahului menerusi Igor Sergeev pada babak pertama, namun penyerang berbisa, Bergson da Silva menyumbang dua gol untuk JDT dan dua gol lagi dijaringkan Endrick dos Santos dan Arif Aiman.

Walaupun menang, JDT gagal melangkah ke pusingan berikutnya selepas menamatkan saingan di tangga ketiga Kumpulan I di belakang Kawasaki Frontale dari Jepun dan wakil Korea Selatan, Ulsan Hyundai.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... bola-sepak-malaysia


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.067014 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list