CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29966|Reply: 0

[Kedah] Kes dijangka terus meningkat musim cuti sekolah - Exco Kedah

[Copy link]
Post time 13-12-2023 06:40 PM | Show all posts |Read mode
Kes dijangka terus meningkat musim cuti sekolah - Exco Kedah

oleh   ROSHILA MURNI ROSLI  13 Disember 2023   06:09pm



Gambar hiasan - Foto fail Bernama



ALOR SETAR - Kedah mencatatkan peningkatan kes Covid-19 sebanyak 595 kes iaitu 78.1 peratus pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-49 iaitu antara 3 hingga 9 Disember lalu berbanding minggu sebelumnya.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, jumlah itu menjadikan keseluruhan kes Covid-19 di negeri Kedah setakat ME ke-49 adalah sebanyak 5,601.



Katanya, data yang diperoleh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat peningkatan kes Covid-19 sejak penghujung Oktober lalu.

"Majoriti kes yang diterima adalah melalui saringan bergejala dengan kebanyakan kes bergejala ringan dan menjalankan pengasingan di rumah masing-masing.



"Bagaimanapun situasi terkini di Kedah adalah terkawal dan tidak membebankan sistem kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Menurutnya, dijangkakan berlaku peningkatan kes yang berterusan susulan pergerakan masyarakat dan aktiviti berkumpulan menjelang cuti sekolah dan perayaan Krismas.


"Sehubungan itu, warga Kedah diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah pencegahan Covid-19," ujarnya.

Katanya, bagi mereka yang bergejala diminta untuk membuat sendiri ujian pengesanan Covid-19 dan laporkan keputusan ujian serta lakukan penilaian kesihatan kendiri dalam aplikasi MySejahtera.





“Dapatkan rawatan awal di klinik Kesihatan berhampiran bagi individu positif Covid-19 yang tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi atau gejala bertambah teruk,” katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.049093 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list