View: 9375|Reply: 0
|
[Johor]
Ahli perniagaan hilang RM1.4 juta angkara waran tangkap
[Copy link]
|
|
GAMBAR HIASAN
Johor Bahru: Ahli perniagaan kerugian RM1.4 juta selepas terperangkap dengan taktik sindiket penipuan menyamar sebagai pegawai polis kerana kononnya mempunyai waran tangkap.
Pemangku Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner M Kumar berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 45 tahun itu pada 9 Disember lalu yang mendakwa menerima panggilan telefon daripada individu dari syarikat penghantaran.
Menurutnya, suspek menyatakan mangsa memiliki bungkusan mengandungi mengandungi barangan terlarang dan panggilan disambungkan kepada dua individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis.
"Suspek memaklumkan waran tangkap sudah dikeluarkan atas nama mangsa dan suspek menawarkan diri untuk membantu mangsa dengan syarat memenuhi segala arahan diberikan.
"Mangsa yang khuatir ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang memasukkan wang ke beberapa akaun bank diarahkan suspek bernilai RM1.4 juta.
"Mangsa menyedari ditipu selepas gagal menghubungi suspek selepas bayaran dilakukan," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya menerima laporan seorang pengurus syarikat swasta berusia 44 tahun kerugian RM1.06 juta diperdaya pelaburan mata wang crypto pada 9 Disember lalu.
Beliau berkata, mangsa mendakwa melihat iklan pelaburan mata wang crypto di laman Facebook dan menekan pautan sebelum berurusan dengan seorang suspek menerusi aplikasi WhatsApp.
Katanya, pengadu diberi keterangan berkaitan pelaburan berkenaan dan diminta memuat turun aplikasi Yomaex Crypto Currency yang memaparkan jumlah pelaburan dan keuntungan dijanjikan.
"Tertarik dengan pulangan dijanjikan, mangsa membuat pembayaran ke beberapa akaun bank yang diarahkan suspek bernilai RM1.06 juta.
"Selepas membuat pembayaran, mangsa tidak dapat mengeluarkan keuntungan seperti dilaporkan di aplikasi itu sebaliknya diminta membuat pembayaran tambahan.
"Mangsa berasa tertipu selepas tidak menerima keuntungan dijanjikan selain tidak dapat mengakses ke aplikasi berkenaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gkara-waran-tangkap |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|