CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8265|Reply: 0

[Kelantan] Serangan harimau: Sudah dua bulan peneroka RTK KESEDAR Meranto terputus sumber pendapatan

[Copy link]
Post time 11-12-2023 11:16 AM | Show all posts |Read mode

Penduduk menunjukkan kesan tapak kaki harimau yang dijumpai di ladang kelapa sawit Chin Teck, di sini. - Foto Paya Linda Yahya

GUA MUSANG: Kira-kira 99 peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Meranto, di sini, kini sudah hampir dua bulan tidak ke kebun susulan serangan harimau di kawasan terbabit sejak kebelakangan ini.

Penduduk mendakwa, binatang terbabit masih berkeliaran di kawasan kebun sawit mereka sehingga menimbulkan ketakutan kepada penduduk kampung.

Peneroka, Md Ramli Ismail, 57, berkata, dalam tempoh dua bulan ini penduduk tidak dapat ke kebun sehingga menyebabkan mereka terputus sumber pendapatan.

Katanya, situasi itu memberi tekanan kepada penduduk di kawasan itu kerana perlu menyara keluarga dan dia berharap haiwan liar itu segera ditangkap kerana dua nyawa warga asing sudah terkorban.


"Sejak berlaku ancaman harimau belang di kawasan kami, sumber pendapatan peneroka terjejas teruk kerana tidak dapat ke ladang sawit seperti biasa.

"Kami berharap PERHILITAN dapat segera mengambil tindakan lebih agresif bagi menangani isu ancaman haiwan liar kerana membabitkan nyawa manusia.

"Malah kami merasakan antara punca haiwan liar keluar ke kawasan manusia kerana hutan semakin merosot dan Projek Hidroelektrik Nenggiri yang terletak kira-kira 15 kilometer dari sini juga dikatakan penyebabnya," katanya ketika ditemui di RKT Meranto di sini hari ini.

Bagi Ketua Peneroka RKT Meranto, Mohamed Khalid Sulaiman, 72, berkata, masalah harimau bukan sahaja merisaukan peneroka di sini tetapi juga 400 penduduk di kawasan itu yang mencari rezeki mengambil ubat menoreh dan mengait kelapa sawit.

Katanya, dia juga merayu kerajaan mengambil tindakan dan memberi pampasan atau bantuan kepada pekebun, peneroka dan penduduk yang terbabit.

"Saya berharap usaha menangkap harimau dibuat bersungguh-sungguh untuk menjaga keselamatan kerana kelibat haiwan ini masih berkeliaran dalam ladang dan 10 hingga 15 kilometer dari kawasan kampung.

"Peneroka bukan sahaja takut nak ke kebun tetapi nak hantar anak-anak ke sekolah pun takut kerana pernah terserempak dengan harimau belang yang berkeliaran di atas jalan," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan dua lelaki maut dibaham harimau dalam tempoh 48 jam membabitkan seorang lelaki warga Indonesia dan lelaki Myanmar.
https://www.bharian.com.my/berit ... rtk-kesedar-meranto

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.039053 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list