CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33200|Reply: 0

[Johor] Sultan Johor mahu hidupkan semula projek HSR

[Copy link]
Post time 10-12-2023 04:38 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mahu projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura (KL-Singapura) yang pernah dibatalkan sebelum ini, dihidupkan semula.

Dalam temu bual eksklusif dengan The Straits Times Singapura, Sultan Ibrahim bertitah, baginda mempunyai beberapa idea cara mengembalikan projek itu ke landasan yang betul.

"Saya akan berusaha menghidupkannya semula (projek HSR).

"Projek itu (HSR) boleh dibiayai melalui inisiatif kewangan swasta di mana kerajaan membayar kontraktor untuk mengendalikan projek menerusi kaedah pajakan 30 tahun supaya kontraktor boleh mendapatkan balik modal dikeluarkan, sebelum kerajaan mengambil alih semula pemilikan HSR.

"Projek HSR antara KL-Singapura juga perlu diselaraskan supaya lintasan sempadan melalui Forest City, pembangunan hartanah bermasalah di Johor.
Jika kekal dengan cadangan pertama, kosnya tidak akan meningkat begitu banyak. Namun kerana (projek HSR) on-off-on-off, hari ini ia (kos) akan lebih banyak," titah baginda yang merujuk kepada anggaran kos awal RM72 bilion HSR apabila projek itu mula diumumkan pada 2013.

Bagaimanapun, projek keretapi laju sepanjang 350 kilometer itu kini dianggarkan menelan kos melebihi RM100 bilion.

Pada 8 Mac lalu, Kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata ia terbuka untuk menghidupkan semula HSR, tetapi ia tidak akan membiayai pembinaan projek itu.

Pada Julai lalu, Pelaksanaan semula projek HSR KL-Singapura dilaporkan akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta, MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp).

Pengerusi MyHSR Corp, Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman, dilaporkan berkata mandat yang diserahkan kerajaan kepada MyHSR bagi melaksanakan semula projek HSR KL-Singapura itu adalah dengan pelaksanaannya tidak membabitkan kos daripada kerajaan.

Ia bermakna, projek yang tertunda itu akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta tanpa menggunakan dana dan jaminan daripada kerajaan.

Pada Ogos lalu pula, Anwar dilaporkan berkata, Malaysia akan mengemukakan cadangan baharu berhubung projek HSR kepada Singapura.

Pada 2 November lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dilaporkan berkata, kerajaan sedang meneliti model pelaksanaan baharu bagi projek HSR yang dicadangkan.

Anthony dilaporkan berkata ia termasuk model pembiayaan baharu untuk menentukan sama ada mana-mana pihak swasta berminat untuk menampung kos projek, pengurusan sistem dan operasi HSR.

Pada 1 Januari 2021, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Perdana Menteri ketika itu, dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong dalam kenyataan bersama mengumumkan projek HSR sepanjang 350 kilometer ditamatkan apabila kedua-dua negara gagal mencapai kata sepakat berhubung perubahan dicadangkan Malaysia sebelum perjanjian projek itu berakhir pada 31 Disember 2020.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.094013 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list