CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28477|Reply: 0

[Kelantan] Kena hadap banjir termenung pula

[Copy link]
Post time 9-12-2023 05:04 PM | Show all posts |Read mode

NOR Salbiah (kiri) antara penerima bantuan bakul makanan di Kampung Kajang Sebidang di sini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Tumpat: "Baru tiga hari kami dapat keluar mencari makan dan melakukan rutin harian selepas paras air di perkarangan rumah semakin surut," kata penduduk Kampung Kubang Sawa, di sini.

Nor Salbiah Mat Roni, 41, berkata walaupun sudah empat hari cuaca panas, kebanyakan penduduk termasuk di Kampung Kuala Jambu dan Kampung Naga Ibu masih meredah air akibat limpahan Sungai Golok.

Menurutnya, sepanjang rumah digenangi air, mereka sekeluarga mencatu makanan kerana tidak dapat keluar disebabkan laluan terputus dan tidak dapat dilalui kenderaan ringan.

"Biasanya kami memang sudah menyediakan stok makanan yang tidak seberapa dan jika terputus lauk sekali pun, kami akan memancing atau menjala ikan darat yang dapat dijadikan lauk.



"Sekarang rumah masih digenangi air di paras 0.2 meter di luar rumah. Meskipun cuaca panas sudah beberapa hari tetapi air surut perlahan kerana terhalang dengan kerja pembinaan projek tebatan banjir berhampiran," katanya.

Nor Salbiah berkata demikian ketika menerima bantuan bakul makanan oleh syarikat Batuta Travel and Tours Sdn Bhd, di sini.

Seramai 70 penerima terdiri daripada mangsa banjir dan asnaf di Kampung Kajang Sebidang, Kampung Teluk Jering, Kampung Kubang Sawa dan Kampung Bendang Pak Yong hadir menerima bantuan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... njir-termenung-pula

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.417235 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list