View: 10904|Reply: 9
|
Tular Rakaman Suara Didakwa Ibu Zayn Rayyan, Terlalu Tenang Sampai Timbul Spekulasi Bukan-Bukan
[Copy link]
|
|
Tular satu rakaman suara dipercayai ibu kepada adik Zayn Rayyan iaitu Ismanira Abdul Manaf yang menceritakan kronologi awal kehilangan kanak-kanak terbabit.
Ismanira memberitahu bahawa anak lelakinya itu hilang pada Selasa ketika dalam perjalanan ke rumah selepas pulang dari sekolah.
"Dia (Zayn Rayyan) hilang tengahari masa saya baru ambil dia dari sekolah. Sebelum tu, saya pergi beli barang dapur. Lepas tu, sampai je dekat rumah dia ajak main taman. Taman depan rumah je, dia mengamuk nak main taman. Tak nak naik rumah."
Foto: Kosmo
Dia kemudiannya telah membawa Zayn bermain taman sekitar 10 minit sebelum mereka akhirnya pulang ke rumah.
"Kemudian saya ajak balik rumah, masa nak naik tangga rumah tu, dia macam nak tak nak ikut. Sebab dia macam nak mengamuk, nak meragam. Saya tak pedulikan lah, saya tak pegang dia sebab pegang barang.
"Tapi dia betul-betul ada belakang saya waktu tu. Lepas tu, saya naik beberapa langkah, saya pusing belakang panggil nama dia. Tengok dia tak ada, senyap."
Ismanira akui langsung tidak menyedari bila Zayn melarikan diri memandangkan dia tidak mendengar sebarang bunyi tapak kasut.
"Memang saya tak perasan langsung bila dia lari, sebab tak ada bunyi suara langsung. Bunyi kasut pun tak ada. Dia terus lari macam tu je. Memang saya dah mencari belakang rumah, semak semua tak ada. Pelik lah, sekelip mata..berdesup hilang macam tu je."
Di ruangan komen ramai yang kata suara dan intonasi ibu Zayn sangat tenag sampai muncul spekulasi bukan-bukan.
Terdahulu, Zayn dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai.
Zayn kemudiannya ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa berhampiran anak sungai dan terbaharu, polis mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat dibunuh. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
semoga ada keadilan untuk arwah Adik Zayn ni.aamiin. |
|
|
|
|
|
|
|
Tenang salah
Menggelabah salah
Viralkan awl pun org speku
Lambat bertindak lg la org mengata
Tetibah iols ingat kisah luqman hakim kisah naik keldai tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ok kalau macam tu tempat dia last berdiri hilang tu kata kat tangga block rumah dia, please search semua unit rumah kat block tu. Look for evidence, use search warrant, use Luminol to detect any blood ( crime scene) .
Pada adik Zyan moga cucuri rahmat keatas roh nye yang suci di Syurga Allah , dan moga penjenayah pembunuh nye ditahan secepat mungkin aminnn. |
|
|
|
|
|
|
|
Aduiiiii ko nak mak Zayn mngeluporrrr berteriak ehhhhh
Ntah apa2 kehendak camnih |
|
|
|
|
|
|
|
Masih ok la suara tu. Tu suara sebelum jumpa kan..skng dah jumpa kalau suruh cerita balik mesti suara dia dah lain..
Belum jumpa masih berharap jumpa dengan selamat.
Skang dah meninggal dengan tragis..aku masih husnuzon lagi dengan maknya..
Yang kata nampak arwah masuk belukar tu jam berapa? Tally tak dengan waktu baru hilang tu |
|
|
|
|
|
|
|
kdg2 kne check jugak ahli kluarga ni, lg2 arwah ni autisme, ade sstengah makpak buang anak sbb oku, kne siasat dr pelbagai sudut. jgn tpedaya dgn airmata |
|
|
|
|
|
|
| |
|