CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6712|Reply: 9

Marvel Sahkan Robert Downey Jr. Tak Akan Jadi Iron Man Lagi Untuk MCU

[Copy link]
Post time 7-12-2023 03:51 PM | Show all posts |Read mode

Penggemar Marvel Cinematic Universe atau MCU pasti akan mengenali pelakon Robert Downey Jr. yang lebih dikenali sebagai RDJ. RDJ terkenal dengan watak ikoniknya iaitu Iron Man. Dia turut digelar sebagai The Godfather of MCU kerana telah menaikkan nama MCU sejak tayangan siri Iron Man yang pertama.

Watak yang dimainkan olehnya itu telah menemui penamatnya dalam filem Endgame (2019), apabila Tony Stark menggunakan Infinity Stones untuk mengalahkan Thanos. Pada waktu itu, dia sempat mengulang kata-kata ikoniknya pada filem Iron Man yang pertama, "I am Iron Man." Babak itu telah menjadi babak yang paling digemari oleh penonton yang menonton filem tersebut.

Filem itu telah menjadi penamat untuk watak Tony Stark dan Iron Man. Tetapi, ramai peminat yang masih berharap agar watak ikonik itu dihidupkan semula. Lebih-lebih lagi apabila ramai yang menggunakan teori multiverse yang terdapat dalam filem-filem MCU.

Namun, Presiden Marvel Studios, Kevin Feige telah mendedahkan dalam satu temu bual bahawa mereka tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menghidupkan semua watak Tony Stark setelah RDJ melakukan penampilan terakhirnya untuk watak itu dalam filem Endgame.

Watak Tony Stark Tidak Akan Kembali
"Kami akan kekalkan detik itu dan kami tidak akan menyentuh detik itu lagi. Kami telah berkerja keras selama beberapa tahun untuk sampai ke saat itu, dan kami tidak mahu mengulangnya melalui apa-apa cara," kata Kevin Feige.

Selain itu, menurut Joe Russo yang merupakan pengarah bersama filem itu, RDJ ragu-ragu untuk melakukan pengambaran semula untuk filem Endgame.

"Kami sudah mengucapkan selamat tinggal pada hari terakhir pengambaran. Semua orang sudah teruskan hidup mereka. Kami telah berjanji kepada RDJ, bahawa ia adalah kali terakhir dia akan melakukannya," kata Joe Ruso.

Sementara itu Anthony Russo yang juga merupakan pengarah bersama bagi filem Endgame menambah, "Ia amat susah untuk RDJ untuk kembali.

"Apabila dia kembali, kami sedang melakukan penggambaran di pentas yang bertentangan dengan pentas di mana dia melakukan uji bakat untuk menjadi Tony Stark.

"Jadi, kata-kata terakhirnya dirakam berdekatan dengan tempat uji bakat yang telah memberikannya watak itu," tambahnya.

Menurut Kevin Feige, dia perlu membantu RDJ untuk mendapatkan watak itu. Ini kerana sebelum ini, RDJ pernah dimasukkan ke dalam penjara selama 15 bulan atas sebab substance abuse.

"Ia jatuh kepada pengarah Marvel yang meragui tindakan mereka untuk mempercayai RDJ bagi filem-filem yang akan datang kerana dia mempunyai  rekod dimasukkan ke dalam penjara.

"Saya bukanlah seorang yang baik, dan saya masih merupakan seorang yang tidak boleh menerima perkataan 'tidak boleh'. Tapi, saya juga bukanlah seseorang yang akan memaksa sesuatu itu untuk mengikut kehendak saya.

"Jadi, saya harus memikirkan cara untuk menjelaskan sebab kami perlu mengambil RDJ dalam filem itu. Sebab itulah kami memutuskan unutk membuat uji bakat pengambaran," katanya lagi.

Dalam pada itu, Susan Downey, iaitu isteri kepada RDJ yang juga seorang penerbit, memberitahu bahawa suaminya itu telah menolak semua tawaran untuk melakonkan watak yang sama seperti Tony Stark.

Pada 2018, RDJ pernah berkata kepada penulis Vanity Fair, Anthony Breznican, walaupun terdapat percubaan untuk membandingkan dirinya dengan Tony Stark, dia masih mempunyai identitinya yang sendiri.

"Saya bukan dia," kata Robert Downey Jr pada ketika itu.

Sumber: CNN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 7-12-2023 05:14 PM | Show all posts
ni kah yang love u 3000 tu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 05:14 PM | Show all posts
pernah masuk penjara pula dia ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2023 05:52 PM | Show all posts
Paiya replied at 7-12-2023 05:14 PM
ni kah yang love u 3000 tu?

ya..abam tony stark
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 08:38 PM | Show all posts
Paiya replied at 7-12-2023 05:14 PM
pernah masuk penjara pula dia ni

heols dulu ada  prob dadah. Pnh mabuk then ceroboh n tido rumah jiran haha. Nasib jiran ok ja. Kena jail tu sbb skip ujian dadah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 08:39 PM | Show all posts
Menjadi watak iron man di tgn heols. Time mati tu sedey sgt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2023 06:10 AM | Show all posts
Marvel is desperate for a hit now.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 12:31 PM | Show all posts

tq....
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 8-12-2023 12:33 PM | Show all posts
borrow replied at 7-12-2023 08:38 PM
heols dulu ada  prob dadah. Pnh mabuk then ceroboh n tido rumah jiran haha. Nasib jiran ok ja. Ken ...

oo...
teruknya
dah insaflah ni ya

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 02:07 PM | Show all posts
Paiya replied at 8-12-2023 12:33 PM
oo...
teruknya
dah insaflah ni ya

rasanya. Ada pergi terapi utk pulihkan diri & join yoga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.071700 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list