View: 3368|Reply: 2
|
Dah Makan Separuh Nasi Lemak Baru Perasan, Ada Ulat Bergerak-Gerak Dalam Telur Kuning
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki kecewa apabila nasi lemak yang dipesannya ada ulat bergerak-gerak di atas telur kuning.
Lelaki tersebut mengesyaki bahawa telur rebus itu sudah disimpan lama daripada yang sepatutnya sehingga menyebabkan ia rosak.
"Aku nak pesan sikit la dekat penjual nasi lemak ni, kalau telur tak habis, jangan simpan bawa pergi esok.
"Kau tengok ni aku dah makan separuh, baru perasan telur kuning banyak ulat," kata lelaki tersebut geram kerana dianiaya sebegitu rupa.
Lelaki tersebut kemudiannya menjelaskan bahawa dia membeli nasi lemak itu dengan harga RM5 dari sebuah gerai di sekitar Shah Alam, Selangor.
Menjengah ke ruangan komen, warga mya secara berseloroh berkata ulat itu bagus untuk dimakan sebagai protein.
"atut berterima kasih dekat penjual tu bang, dia ikhlas bagi ekstra protein secara percuma, baru sihat tubuh badan.
"Ini serius bertanya, waktu makan nasi lemak tu ada rasa masin-masin tak , teringin nak tahu apa rasa ulat putih ni.
"Sama la kita bang, pernah senasib, kalau tengah lapar makan laju memang tak nampak dah ulat tu," kata warga maya berjenaka.
Tidak kurang juga netizen yang menggesa supaya pengusaha restoran dan gerai makan mengambil serius hal kebersihan dalam penyediaan makanan.
"Ini mesti telur yang dah disimpan lebih dua hari ni.
"Kenapa la sanggup buat macam ni, kita nak bagi orang makan jangan la sambil lewa sampai risikokan nyawa pelanggan.
"Tahu nak cepat kaya je, itu yang sanggup ambil jalan mudah orang macam ni," ujar warga maya bertukar pandangan. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
| |
|