View: 6146|Reply: 8
|
Cikgu Di Pedalaman Gotong-Royong Bersih Kutu Kepala Murid-Murid
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Seorang tenaga pengajar yang menggunakan nama Cikguoffroad, cukup membuktikan bahawa tugas seorang guru di pedalaman tidak seperti kebanyakan guru-guru di bandar.
Klip video tersebut menyaksikan sekumpulan guru di sebuah sekolah pedalaman melakukan satu aktiviti membersihkan kepala anak murid mereka yang difahamkan daripada golongan Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Pos Balar, Gua Musang, Kelantan.
Menurut kapsyen klip video tersebut, perkongsian itu hanya untuk mendedahkan apa yang dilakukan oleh tenaga pengajar di sekolah-sekolah di pedalaman yang masih ramai tidak tahu.
“Ada yang memuji dan ada juga yang mengeji, namun tugas kami bukan sahaja mendidik tetapi juga menyantuni mereka seperti anak sendiri.
“Semua guru begini, saat mereka hadir ke sekolah, itupun sudah kami berbangga kerana di sinilah segalanya bagi mereka. Maka inilah kisah kami di belantara.
“Kami tidak terkinja-kinja. Kami hanya lakukan apa yang perlu. Begitulah,” tulisnya.
Rata-rata pengguna media sosial turut menulis komen memuji cara kumpulan tenaga pengajar itu yang menjadikan anak murid mereka seperti anak kandung mereka sendiri.
“Lain dengan cikgu-cikgu yang ada di bandar. Pakaian pun dah mengalahkan pelakon, berjoget bagai dalam video. Sebak tengok cikgu-cikgu di pedalaman yang mengerah tenaga mendidik anak bangsa,” jelas Norman Fadilah.
“Aku tabik dengan semua guru yang betul-betul menjadi guru, anak murid seperti anak sendiri. Tidak nampak keluhan di wajah mereka. Hanya senyuman dan gelak tawa penawar duka. Tahniah cikgu,” tulis Farihan Mustapa. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah tahniah cikgu2. Me pernah pergi ke sekolah di kampung orang asli. Ada satu rumah untuk cikgu lelaki dan another one for cikgu perempuan. Dhaif nya rumah tu. Jamban cangkung lagi. Tapi nak buat macam mana. Mana ada kediaman lain dekat kampung tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang Asli ni pun satu ntah bila nak maju pemikiran kalau maju dah lama kaum tu boleh jadik menteri. Dari zaman aku student sampai dah beranak pinak masih la ada anak2 Orang Asli pi sekolah dengan rambut kusut masai kepala berkutu. Penat nak didik budak2 yang ada mak pak mentaliti kurun ke 12 sebegitu. |
|
|
|
|
|
|
|
napelah kepala budak2 tu sampai berkutu adoi... |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 7-12-2023 01:09 PM
Orang Asli ni pun satu ntah bila nak maju pemikiran kalau maju dah lama kaum tu boleh jadik menteri. ...
Dah diorg bahagia hidup camtu biarla... |
|
|
|
|
|
|
|
grouper replied at 7-12-2023 06:41 AM
Dah diorg bahagia hidup camtu biarla...
Tapi sampai bila uols sampai bila? Sampai bila nak hidup persis second class citizens dipandang rendah sebab edukesyen rendah? Gituh aku judgmental. Pehtu aku tak percaya bbnus OA tahun 2023 ni reti selok belok hutan macam nenek moyang meka. Sebab aku tengok orang aku sundri ; jauh beza bbnus 2023 berbanding bbnus 2013. Budak2 kampung sekarang pegang parang pon tak reti apatah lagik nak guna. |
|
|
|
|
|
|
|
depa blk rmh, menjangkit blk dr org2 dlm rmh apapon, niat cikgu tu dah bgs sgt. goodjob cikgu cikgi semua..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|