CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6616|Reply: 0

[Johor] Warung warga asing tak sempat beroperasi diroboh MBJB

[Copy link]
Post time 7-12-2023 11:15 AM | Show all posts |Read mode

Penguatkuasa MBJB merobohkan stuktur binaan warung yang dibina warga asing di Jalan Indah Gemilang 5, Taman Desa Cemerlang. FOTO IHSAN MBJB

Johor Bahru: Warung haram dibina sekumpulan warga asing di Jalan Indah Gemilang 5, Taman Desa Cemerlang di sini tidak sempat beroperasi apabila diroboh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Susulan tular video sekumpulan warga asing dipercayai dari Bangladesh membina warung di kawasan perindustrian itu, Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Noorazam Osman mendedahkan struktur binaan itu telah dirobohkan pada 24 November lalu.

Katanya, tindakan itu dilakukan mengikut Undang-Undang Kecil Penjaja (MBJB) 2010 dan Pindaan (2020) Perkara 5A.

"Di bawah undang-undang itu tiada lesen boleh dikeluarkan kepada bukan warganegara Malaysia atau berumur di bawah 18 tahun.



"Struktur itu dirobohkan pada jam 10.55 pagi pada 24 November lalu menggunakan jentera berat di bawah pengawasan pihak penguat kuasa MBJB.

"Setakat ini tiada binaan baru dibuat di tapak lapang sebelah premis kilang tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu katanya, sepanjang tahun ini, sejumlah tiga peniaga dibatalkan lesen atas sebab menyewakan tapak kepada penjaja warga asing.

Noorazam memaklumkan MBJB terus komited bagi memastikan penganjuran pasar malam di kawasan Bandar Raya Johor Bahru mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan mendokong hasrat Kerajaan untuk membuka ruang ekonomi kepada rakyat tempatan.

"Peniaga diingatkan supaya tidak memindah milik, menyewakan atau melakukan kesalahan-kesalahan yang dinyatakan dalam UUK Penjaja (MBJB),"katanya.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi satu minit 14 saat memaparkan empat lelaki dipercayai warga Bangladesh sedang membina warung di tanah lapang bersebelahan premis kilang.

Dipercayai tindakan itu bagi membolehkan mereka berniaga di kawasan tersebut.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... perasi-diroboh-mbjb

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.236185 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list