CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6594|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pesara guru rugi RM480,000 ditipu sindiket penyamaran dalam talian

[Copy link]
Post time 7-12-2023 10:54 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

SEREMBAN – Seorang pesara guru wanita berputih mata apabila mengalami kerugian RM480,000 selepas ditipu sindiket penyamaran sebuah syarikat kurier dan pihak berkuasa secara dalam talian baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, mangsa berusia 56 tahun telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut semalam.

“Pada 15 November lalu, mangsa telah menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai ejen syarikat kurier dan juga pihak polis menyatakan bahawa ada bungkusan yang mengandungi bahan terlarang iaitu buku cek dan kad pengenalan yang didaftarkan atas nama mangsa.

“Mangsa berasa lebih takut apabila diugut akan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Arifai, mangsa seterusnya telah mengikuti segala arahan dengan menekan pautan yang diberikan dan berkongsi maklumat akaun bank miliknya bagi tujuan menyelesaikan masalah tersebut.

“Selepas itu, mangsa berasa curiga dengan urusan tersebut dan telah membuat semakan akaun bank dan mendapati ada pengeluaran wang dari akaun miliknya sebanyak RM480,000.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Jelas Arifai, justeru orang ramai diingatkan supaya tidak mudah percaya kepada pihak yang menyamar sebagai agensi kerajaan atau penguatkuasaan secara atas talian. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... maran-dalam-talian/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.522615 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list