View: 4336|Reply: 2
|
Pekerja Lombong Jumpa Pocong Masa Gali Tanah
[Copy link]
|
|
Seorang pekerja lombong menemukan objek menyerupai mayat dibalut dengan kain kafan ketika di bawah tanah.
Video tersebut dipercayai dirakam di kawasan perlombongan sekitar Morowali, Sulawei Tengah, Indonesia ketika pekerja lombong sedang sibuk membuat kerja penggalian menggunakan jentera berat pada waktu malam.
Tiba-tiba seorang pekerja lombong melihat objek berwarna putih yang menyerupai jasad manusia berkafan tertimbus di dalam tanah yang sedang digali.
Pekerja lain serta penduduk tempatan mendakwa objek itu adalah pocong.
"Mahu menggali tetapi terjumpa pocong," tulis kapsyen video di TikTok.
Selain itu, timbul juga dakwaan mengatakan objek itu mempunyai mata yang seakan-akan terbuka selain kulit pucat kebiruan.
Walaupun begitu, warga maya mengatakan objek batu tersebut dilihat menyerupai seperti pocong kerana minda manusia yang cenderung untuk berfikiran sedemikian.
Ia berkait dengan fenomena psikologi yang dikenali sebagai pareidolia iaitu kebolehan otak manusia untuk melihat imej haiwan, wajah atau perkara lain dalam objek tidak bernyawa.
"Rasanya itu batu sahaja, mungkin ada kaitan dengan kesan pareidolia.
"Nampak seperti pocong leper, mungkin hanya mainan minda sahaja atau pareidolia," kata sebahagian warga maya. -CARI
Sumber: mStar/ Tribunnews.com |
|
|
|
|
|
|
| |
|