CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5617|Reply: 26

Bilik Hotel Diserbu Jabatan Agama Islam! Pasangan Suami Isteri Gelabah, 18 Tahun Kahwin Tapi Tiada Kad Nikah

[Copy link]
Post time 6-12-2023 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Sepasang suami isteri cemas apabila mereka hampir ditangkap khalwat oleh pihak berkuasa agama ketika bermalam di sebuah hotel, baru-baru ini.


Seorang wanita menggunakan akaun thesamsfamily01 di TikTok, kejadian yang tidak disangka-sangka berkenaan berlaku di Muar, Johor ketika mereka menghadiri sebuah majlis perkahwinan.


Menurut wanita itu, sekitar pukul 9 malam dia dikejutkan dengan bunyi loceng di bilik dan menyangka ia daripada pihak hotel kerana urusan berkaitan parkir.




Foto: mStar




"Suami tak ada dengan saya sebab tengah buang air besar dalam tandas. Tiba-tiba ada bunyi loceng. Saya nak tengok dari dalam melalui lubang (intai) pintu tapi tak ada.


"Saya nak pergi tengok siapa datang tapi baru tersedar saya tak pakai tudung. Saya ingatkan pihak pengurusan parkir sebab kami memang letak kereta tepi jalan.


"Suami saya tak sempat nak berak, dia keluar untuk buka pintu," katanya menerusi video yang menerima lebih 471,000 jumlah tontonan setakat ini.


Alangkah terkejutnya pasangan tersebut apabila individu yang datang ke bilik mereka pada ketika itu memperkenalkan diri sebagai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor.


Selepas menunjukkan kad kuasa, mereka meminta izin untuk masuk ke dalam bilik bagi memeriksa status hubungan pasangan terbabit.


Namun malangnya pasangan yang mendakwa sudah berkahwin selama 18 tahun itu tidak pernah mempunyai kad perakuan nikah.


"Kemudian mereka cakap nak tengok gambar kahwin dalam telefon. Saya jawab kami tak simpan gambar kahwin dalam telefon sebab dah lama sangat berumah tangga.


"Saya hubungi mak nak minta tolong ambilkan gambar sijil nikah. Tapi baru terfikir mak pun tak reti nak buat.


"Jadi saya minta tolong adik yang tangkapkan gambar. Kelakar... kelakar sangat," jelasnya menceritakan apa berlaku.


Setelah menunjukkan bukti bergambar sijil nikah, pasangan ini akhirnya menarik nafas lega apabila pihak berkuasa agama itu berpuas hati dan percaya mereka adalah suami isteri yang sah.


Untuk pengetahuan, setiap pasangan suami isteri memiliki sijil nikah sebagai bukti perkahwinan yang perlu disimpan.


Bagaimanapun, sejak sekian lama kad perakuan nikah bersaiz lebih kecil diperkenalkan agar mudah dibawa ke mana-mana sahaja bagi memudahkan pelbagai urusan.


Pemohon hendaklah hadir bersama pasangan ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam negeri masing-masing dengan melengkapkan borang Permohonan Kad Sijil Perkahwinan Bestari dan menyertakan dokumen diperlukan. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Boring.
Ni bukan isu semasa.
Yg post cita 2x5 bodo ngn yg bukak benang pasal post org ni.
Knp bodo, pikiaq sendri.
Bodo.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 11:11 AM | Show all posts
Bangsa takde kerja lain yang lebih berfaedah. Adakah dengan pergi beramai2 guna duit pembayar cukai claim OT itu masalah negara akan selesai?



Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 11:32 AM | Show all posts
18 tahun yang lepas.. kad nikah kena apply.. leceh.. taktaula skrg auto dapat ke camne..
dulu memang sijil nikah tu la hanya.  
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki iols punya kad Habis barai dah...
Iols punya kad Masih elok.lagi..
Kalau bagi no ic tak valid ke? Tak boleh cross check?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 11:41 AM | Show all posts
tugas penangkap khalwat memang khas utk bangsa melayu...sebab kalau kerajaan tak buat tugas ini, melayu2 yg belajar di timur tengah nak buat ape?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2023 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
majlis agama takda lebai pakar it ke? sapa kawen masukkan data boleh check online. takpun taip dlm excel tu, upload kat online folder
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 6-12-2023 11:43 AM
majlis agama takda lebai pakar it ke? sapa kawen masukkan data boleh check online. takpun taip dlm e ...

Sebab pak lebai kena ketuk baru buat. Takleh proactive

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 6-12-2023 11:11 AM
Bangsa takde kerja lain yang lebih berfaedah. Adakah dengan pergi beramai2 guna duit pembayar cukai  ...

Lebih berfaedah kalau disuruh kutip sampah malam2
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
yg kawen lama2 tu mmg takde la kad kawen nya sbb lepas apply tu makan masa nak dpt kene plak sejenis malas mencara ujung2 lupa gitu je la. yg sijil tu plak jenuh la nak usung kulur kilir size A4 kot
tp weols ada la kadnya blh la mengenang size muka time nikoh tu lagumana
ternyata berlaku peningkatan di paksi-x
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Lesson learned to others, lenkali amik gambar sijil nikah or kad nikah simpan dlm HP. Jgn byk gambar selfie jer.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 12:08 PM | Show all posts
Radzor replied at 6-12-2023 11:43 AM
majlis agama takda lebai pakar it ke? sapa kawen masukkan data boleh check online. takpun taip dlm e ...

xboleh claim kerja lebih masa
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 12:10 PM | Show all posts
Road TAx pun boleh Online. Sijil nikah mesti la boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 12:42 PM | Show all posts
apsal tahan berak pulak, berak la dulu...suruh diorang tunggu
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 01:26 PM | Show all posts
By right system kat mesia dah boleh link ngan semua jabatan yg berkaitan. Data dah ada, manfaatkan je la. Ini nama je beli mesin itu ini canggih manggih tapi keje still lembap ngalahkan siput babi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 01:38 PM | Show all posts
Radzor replied at 6-12-2023 11:43 AM
majlis agama takda lebai pakar it ke? sapa kawen masukkan data boleh check online. takpun taip dlm e ...

betul..buat la apps boleh check..menyusahkan org je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 02:02 PM | Show all posts
kalau i masa check out tu tanya je out loud kat receptionist, semalam serbu orang dah kawin dapat duit juga ke, ke tak dapat apa sebab bukan khalwat?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 04:13 PM | Show all posts
i teringin nk kn ketuk tgh2 mlm cni cek2 kad nikah. lm dah kawen xpenah kena. kad pon dah lusuh oi. bila nk guna xtau la. ke hotel bajet je dia rush?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
iolss replied at 11-12-2023 04:13 PM
i teringin nk kn ketuk tgh2 mlm cni cek2 kad nikah. lm dah kawen xpenah kena. kad pon dah lusuh oi.  ...

A ah..hotel bajet je dorg berani raid.. hotel 5* kena ada aduan baru dorg boleh ketuk. Tryla tdo hotel bajet time new year nnt. Masa tu mmg ligat jabatan agama ronda2. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Masala iols lum ada anak, rajin gak jalan2 pusing2 cari makan pastu tdo kat hotel bajet. Xde plak kena ketuk.. kihkih
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.060548 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list