CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7115|Reply: 0

[Perak] Hulu Perak dikesan jadi tumpuan kecurian dan perlombongan haram REE - Saarani

[Copy link]
Post time 5-12-2023 02:08 PM | Show all posts |Read mode

Saarani bergambar bersama wakil pemberi sumbangan pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kewangan Bagi Program Bantuan Makanan Percuma (Inisiatif Program Tuisyen Cikgu Saarani) di Pejabat Menteri besar, Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

IPOH: Kerajaan Perak mendedahkan, wujud kegiatan mencuri atau cubaan meneroka secara haram unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di negeri ini, khususnya kawasan Hulu Perak yang kini dikenali dengan perlombongan REE lantanid.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata laporan polis mengenainya juga sudah dibuat termasuk terhadap kegiatan penerokaan di atas tanah milik persendirian.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah laporan yang dibuat mengenai perbuatan itu.

"Kita mendapat maklumat ada kecenderungan pihak tertentu, sama ada di atas tanah individu, dengan menggunakan kepakaran tertentu termasuk menggunakan syarikat tertentu untuk meneroka seperti di kawasan tanaman durian.



"Memandangkan adanya tanda menunjukkan kawasan di Hulu Perak mengandungi REE, ramai yang berminat mengeluarkan nadir itu dengan kaedah tersendiri walaupun ia adalah kesalahan kerana hasil dalam bumi adalah dimiliki oleh negeri," katanya.

Beliau ditemui pada sidang media Majlis Penyerahan Sumbangan Kewangan Bagi Program Bantuan Makanan Percuma di bawah inisiatif program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) di ruang legar Pejabat Menteri Besar, di sini hari ini.

Sebanyak RM2.67 juta diterima kerajaan negeri melalui Yayasan Perak daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri bagi pelaksanaan inisiatif berkenaan yang akan memberi manfaat kepada 26,628 murid luar bandar dari 238 sekolah.

Terdahulu ketika menjawab soalan tambahan dari Mohd Fakhrudin Abd Aziz (PN-Kamunting) ketika menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pagi tadi, Saarani berkata, kerajaan Perak sedang bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam meneliti kaedah terbaik mengelakkan daripada berlaku kecurian REE negeri ini.

Untuk itu, katanya usaha sedang dilakukan termasuk mengadakan bengkel dalam mewujudkan inisiatif terutama dari sudut perundangan, berikutan kaedah mengekstrak REE tidak sukar, malah sangat mudah dengan menggunakan bahan kimia atau baja tertentu selain menggunakan paip.

Saarani (BN-Kota Tampan) berkata, tidak mustahil jika kecurian REE tidak dibendung, dikhuatiri ada pihak sanggup menebas atau melupuskan tanaman yang sedia ada seperti getah atau sawit kerana berasa hasil REE memberi pendapatan lebih lumayan.

Katanya, keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak membenarkan NR-REE dieksport sebelum diproses terlebih dahulu di negara ini, dilihat mampu mengekang aktiviti melombong mineral itu secara haram namun perlu wujud mekanisme bagi mengelakkan manipulasi pihak tertentu untuk tetap mengeksport secara mentah.

"Namun kemungkinan ada pihak melihat kepada 'loop hole' (kelompongan) di pelabuhan dan sebagainya dengan mengisytiharkan bahan itu bukan NR-REE. Seperti mereka boleh isytiharkan itu sebagai mineral lain seperti kaolin, bauklay atau bauksit ketika di pelabuhan," katanya.

Sebelum itu, ketika menjawab soalan lisan Datuk Shahrul Zaman Yahaya (BN-Rungkup), Saarani berkata, projek rintis perlombongan NR-REE di Mukim Kenering, Hulu Perak menetapkan kadar royalti dikenakan kepada penggerak projek adalah sebanyak 12 peratus daripada harga jualan NR-REE.

Beliau berkata, sehingga September lalu, penggerak projek itu sudah menjelaskan royalti sebanyak hampir RM21.12 juta (RM21,119,381.38) melalui pengeksportan 'Rare Earth Carbonate' (REC) ke negara China.

Katanya, selain itu, Majlis Daerah Gerik turut mengutip hasil melalui fi yang berkaitan dengan kelulusan Kebenaran Merancang (KM) yang dikeluarkan bagi aktiviti perlombongan NR-REE terbabit.
https://www.bharian.com.my/berit ... lombongan-haram-ree
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.094013 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list