CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6267|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Tabiat bawa stetoskop selamatkan nyawa'

[Copy link]
Post time 4-12-2023 11:35 AM | Show all posts |Read mode

DR Sathia memberikan rawata kepada warga emas diatas pesawat baru-baru ini. FOTO Ihsan Facebook Dr Sathia

Kuala Lumpur: Tindakan pantas seorang doktor memberikan rawatan kecemasan kepada seorang warga emas dalam pesawat berjaya menyelamatkan nyawa penumpang tersebut.

Kejadian berlaku pada 1 Disember lalu ketika Dr N Sathia Prakash dalam perjalanan dari Malaysia ke Chennai, Tamil Nadu, India bagi menghadiri Penganugerahan dan Pengiktirafan Pengamal Media Antarabangsa di sana.

Berkongsi detik cemas melalui laman Facebooknya, Dr Sathia berkata insiden itu berlaku kira-kira 30 minit sebelum pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai, Tamil Nadu.

"Pada malam itu semasa saya berada dalam pesawat penerbangan ke Chennai dari Kuala Lumpur satu insiden kecemasan di luar jangkaan terjadi di dalam pesawat.


"Seorang wanita warga emas berusia 80 tahun mahu pulang ke kampung di Bangalore tiba-tiba mengalami simptom berpeluh dan pengsan.

"Saya mempunyai tabiat membawa stetoskop bersama ke mana jua. Ia sangat berguna dan membantu saya bagi memberikan rawatan kecemasan yang termampu sebagai tindakan awal.

"Saya dengan rendah diri memohon supaya syarikat penerbangan dapat menyediakan set peralatan pemeriksaan seperti peranti memeriksa tekanan darah, stetoskop, pulse oximeter serta dan kit peralatan kecemasan asas di dalam pesawat mereka.

"Peralatan itu perlu jika berlaku kecemasan ketika pesawat berada di awan," katanya.

Difahamkan, ketika kejadian, beberapa pengamal media dari Malaysia termasuk jurugambar, turut berada dalam pesawat dan merakamkan detik cemas berkenaan.

Tindakan spontannya sebagai pegawai perubatan itu mendapat pujian penumpang.

"Doktor yang sentiasa berkhidmat di mana sahaja dan dalam apa keadaan pun," antara komen diberikan netizen kepadanya selepas video mengenainya tular.


WARTAWAN Astro Awani, R Umavathi yang turut menghadiri majlis disertai Dr Sathia.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... op-selamatkan-nyawa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.055191 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list