CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25181|Reply: 0

[Sarawak] Penunggang maut motosikal bergesel dengan lori

[Copy link]
Post time 3-12-2023 11:49 PM | Show all posts |Read mode


Motosikal yang ditunggang mangsa.

KOTA SAMARAHAN: Seorang penunggang motosikal maut setelah terlibat dalam kemalangan di hadapan Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), KM 13 Jalan Kota Samarahan-Mambong, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintenden Brodie Brangka berkata, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 6.38 petang.

"Kemalangan dipercayai berlaku semasa seorang penunggang motosikal iaitu wanita berumur 54 tahun sedang menunggang motosikal seorang diri dari arah Batu 15, Siburan menuju Kota Samarahan.

"Penunggang motosikal telah cuba memotong sebuah lori yang berada di hadapan namun semasa cuba memotong, penunggang telah hilang kawalan dan bergesel dengan bahagian hadapan kanan lori tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Brodie, akibat perlanggaran itu, mangsa jatuh di atas jalan manakala motosikal mangsa terseret lebih kurang 40 meter dari tempat kemalangan.

"Penunggang motosikal telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak KKM yang tiba, akibat kecederaan bahagian badan," jelasnya.

Brodie memberitahu, lori yang terlibat dalam kemalangan telah beredar dari tempat kemalangan dan tidak dapat dikenal pasti.

"Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan tersebut diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Samarahan atau balai berdekatan bagi siasatan lanjut.

"Saksi-saksi bebas yang nampak bagaimana kemalangan berlaku diminta hadir ke IPD Kota Samarahan bagi membantu siasatan," katanya.

Ujarnya, kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 200210 Replies : 4713
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 864 Replies : 4
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 24043 Replies : 161
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11963 Replies : 13
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73688 Replies : 322
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 11543 Replies : 187
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5075 Replies : 10
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6357 Replies : 15
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30478 Replies : 185
Awesome place in Iceland --
dexaAwesome place in Iceland --
Views : 1453 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.073840 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list