|
[VIDEO] Si cilik comel tiru pakaian Raja Permaisuri Agong
Tangkap layar video tular seorang kanak-kanak tadika yang berpakaian seperti Raja Permaisuri Agong ketika menyertai sebuah pertandingan pakaian beragam.
PETALING JAYA – Bagai pelanduk dua serupa, begitulah reaksi netizen setelah melihat gelagat seorang kanak-kanak tadika yang berpakaian seperti Raja Permaisuri Agong sewaktu menyertai sebuah pertandingan pakaian beragam.
Menerusi sebuah hantaran tular di laman TikTok @guafiq, ketika kanak-kanak lain sebayanya ingin menjadi puteri, gadis cilik ini memilih untuk menjadi Raja Permaisuri Agong.
Lengkap dengan but berwarna kucing, beg tangan dan cermin mata bulat, penampilan kanak-kanak tersebut di atas pentas peragaan telah menerima sorakan daripada orang ramai.
“Alahai, comel betul Raja Permaisuri Agong cilik ni ya. Bagus ayahnya,” kata Sharul.
“Serupalah! Comel betul awak dik, lain daripada yang lain,” kata Fafa.
“Ya Allah, ini comel sangat,” kata Smol.
“Lepas ini bolehlah teruskan lawatan ke kawasan banjir ya sayang,” kata seorang lagi pengguna.
Kini, hantaran tersebut telah menerima 1,392 tanda suka dan 32,800 tontonan. – KOSMO! ONLINE
|
|