CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34843|Reply: 0

[Pulau Pinang] PN tunai janji beri khidmat kepada rakyat

[Copy link]
Post time 2-12-2023 06:24 PM | Show all posts |Read mode
PN tunai janji beri khidmat kepada rakyat

oleh   MOHD ISKANDAR OTHMAN
   02 Disember 2023    04:56pm








Dominic bersama ahli Gerakan ketika majlis pembukaan pusat khidmat rakyat PN di Gertak Sanggul pada Sabtu.



BAYAN LEPAS - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan tetap memberi khidmat kepada masyarakat di negeri ini meskipun tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang yang lalu.

Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau Hoe Chai berkata, janji semasa kempen khususnya kepada pengundi di Bayan Lepas tetap ditunaikan dengan pembukaan pusat khidmat rakyat Perikatan Nasional (PN) di Gertak Sanggul, di sini pada Sabtu.



Menurutnya, persoalan sama ada Gerakan akan terus bertanding atau tidak di kawasan Bayan Lepas pada masa akan datang bukan isu, namun pihaknya mahu fokus dalam memberi perkhidmatan terbaik buat rakyat.



Dominic




"Pembukaan pusat khidmat ini membuktikan saya tetap berpegang pada janji ketika bertanding dalam PRN Ogos lalu.


“Tak kisah siapa yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum akan datang sama ada Bersatu, Gerakan mahupun Pas, namun yang penting ketika ini sebagai komponen dalam PN kita beri perkhidmatan terbaik buat rakyat di sini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Sabtu.

Pada PRN Pulau Pinang lalu, Dominic tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH), Azrul Mahathir Aziz di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas.

Ketika ditanya sama ada pembukaan pusat khidmat itu mendapat persetujuan daripada Pas, beliau berkata, tiada keperluan untuk meminta restu daripada rakan komponen PN itu.




“Saya tak rasa perlu dapatkan kebenaran daripada komponen parti untuk membuka pusat khidmat kerana secara prinsip PN tidak menghalang sesiapa yang ingin memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

“Kita (PN) tidak paksa mana-mana pihak untuk membuka pusat khidmat, namun sekiranya pihak terbabit mampu semestinya PN akan menggalakannya,” katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.030807 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list