CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30959|Reply: 0

[Kelantan] 'Setiap hari pak belang muncul di kampung kami'

[Copy link]
Post time 2-12-2023 04:01 PM | Show all posts |Read mode

Kesan tapak kaki harimau belang ditemui di sekitar perkampungan yang berhampiran Sekolah Kebangsaan Bihai, di sini. - Foto Ihsan Penduduk

GUA MUSANG: Seawal jam 6 petang, penduduk Kampung Tendrik di Pos Bihai, di sini terpaksa berkurung dalam rumah kerana bimbang dengan kemunculan harimau belang yang kini berkeliaran di kawasan terbabit.

Penduduk mendakwa walaupun seekor harimau belang sudah ditangkap, namun masih terdapat beberapa ekor masih berkeliaran di perkampungan Orang Asli kaum Temiar itu.

Penduduk Apek Asud, 39, berkata sehingga kini mereka hidup dalam ketakutan dan bimbang dengan kemunculan harimau belang terbabit.

Beliau berkata, penduduk akan berkurung dan tidak berani ke luar rumah selepas jam 6 petang kerana bimbang serangan harimau belang.



"Sekarang boleh dikatakan setiap hari 'Pak Belang' muncul di kampung kami sehingga menimbulkan ketakutan kepada penduduk.

"Kejadian serangan haiwan terbabit di Pos Pasik, Kampung Meranto dan Kampung Kuala Tol, baru-baru ini maka penduduk di sini juga hidup dalam ketakutan dan kebimbangan," katanya.

Beliau berkata, pada September lalu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menangakap seekor harimau belang di Kampung Hak, Pos Bihai, namun masih ada yang berkeliaran.

Katanya, kemunculan haiwan liar itu di beberapa kampung di Pos Bihai sudah berlarutan sejak Jun lalu dan hingga kini masalah sama masih menghimpit mereka.

"Bagi saya perlu ada penyelesaian jangka panjang kerana ia membabitkan nyawa dan keselamatan masyarakat Orang Asli di kawasan ini.

"Sampai bila kami akan hidup dalam ketakutan. Pada waktu malam, kami dengar anjing menyalak, pagi esok akan ada anjing yang mati dibaham," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Kampung Pos Tohoi, Ajeh Baharom berkata, dia percaya harimau masih berkeliaran di kawasan kebun getah milik penduduk.

Beliau berkata, kali pertama kelibat 'Pak Belang' dilihat penduduk pada 20 November lalu dan ia dipercayai masuk ke penempatan penduduk melalui sebelah asrama Sekolah Kebangsaan Tohoi.

"Selama empat hari harimau terbabit berkeliaran di kawasan perkampungan ini sehingga menimbulkan ketakutan kepada kami," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... cul-di-kampung-kami

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.043623 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list