CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24632|Reply: 0

[Kedah] Pengecualian visa tingkat kemasukan pelancong ke Langkawi

  [Copy link]
Post time 2-12-2023 03:46 PM | Show all posts |Read mode

WAN Kamarul Faisal Wan Kamardin mengibarkan bendera Kedah semasa pelepasan peserta acara LIHM di MIEC, Padang Matsirat di Langkawi, hari ini.



LANGKAWI: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yakin pengecualian visa selama 30 hari kepada pelancong China dan India akan turut menyumbang kepada pertambahan kemasukan pelancong ke pulau peranginan ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) LADA, Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin berkata, pihaknya akan meningkatkan promosi khusus untuk kedua-dua negara tersebut bagi menggalakkan pelancong mereka berkunjung ke Langkawi.

“Langkawi mengharapkan dengan adanya kebenaran daripada kerajaan terhadap visa ketibaan (VOA) ini, pelancong-pelancong dari China dan India akan lebih ramai ke Langkawi.

“Apatah lagi, China dan India memang antara pasaran tradisional kepada Langkawi sebelum ini walaupun tanpa VOA,” katanya pada sidang akhbar selepas acara pelepasan Langkawi International Half Marathon (LIHM) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah kerajaan mengecualikan visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India selain dari Turkiye dan Jordan ke Malaysia mulai semalam.

Tambah Wan Kamarul, dengan pengecualian visa tersebut, ia bukan sahaja menggalakkan kehadiran pelancong malah pada masa sama akan menyumbang kepada peningkatan tahap ekonomi penduduk setempat.

Sementara itu, acara LIHM berjaya menarik lebih 2,600 orang peserta daripada 31 negara seperti Jerman, Jepun, Kenya, Singapura, Thailand dan Filipina

Menurut Wan Kamarul, penganjuran acara seperti itu juga akan memberi kesan yang baik kepada industri pelancongan dan ekonomi di Langkawi.

Jelasnya, peserta LIHM akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Langkawi melalui penginapan, pembelian makanan dan penggunaan pengangkutan yang terdapat di pulau berkenaan. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ancong-ke-langkawi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 1.169652 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list