CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3724|Reply: 0

[Pulau Pinang] 2 keldai akaun sebabkan kerugian lebih RM450,000 ditahan

[Copy link]
Post time 30-11-2023 11:06 AM | Show all posts |Read mode
2 keldai akaun sebabkan kerugian lebih RM450,000 ditahan


BERNAMA



GAMBAR hiasan



Balik Pulau: Dua wanita ditahan kerana disyaki menjadi keldai akaun bagi sindiket penipuan urusan pelaburan Crypto tidak wujud sehingga menyebabkan kerugian lebih RM450,000 baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata suspek berusia 22 tahun itu ditahan di Kota Damansara, Selangor Selasa lalu selepas siasatan awal mendapati mereka dipercayai memberikan kad bank kepada individu lain untuk kegunaan jenayah.

"Berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa iaitu seorang wanita berusia 26 tahun yang merupakan pemilik restoran makanan Jepun telah membuat beberapa transaksi secara berperingkat ke dalam 10 akaun yang berbeza termasuk milik dua wanita itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, beliau berkata polis turut menahan seorang wanita warga emas disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan urusan pembelian kereta tidak wujud menerusi Facebook.

Kamarul Rizal berkata kes membabitkan wanita berusia 70 tahun itu yang ditahan Selasa lepas melibatkan kerugian kira-kira RM29,000.

"Sindiket itu memperdaya mangsa dalam urusan pembelian kereta tidak wujud melalui Facebook dan mangsa telah membuat pemindahan wang sebanyak RM29,160 ke dalam beberapa akaun bank setelah bersetuju membeli kereta import jenis Audi," katanya.



Disiarkan pada: November 30, 2023 @ 10:56am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.035064 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list