CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2954|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Dera seksual kanak-kanak kes tertinggi dikendali JKM

[Copy link]
Post time 29-11-2023 06:20 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Penderaan seksual ke atas kanak-kanak menjadi kes tertinggi dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan 1,603 kes sehingga Ogos lalu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata ia disusuli pengabaian kanak-kanak dengan 1,530 kes, penderaan fizikal (1,240 kes), lain-lain faktor (614), dibuang atau tiada ibu bapa (156 kes) serta penderaan emosi (73 kes).

"Kanak-kanak yang diselamatkan ini ada yang masih ditempatkan di institusi JKM dan ada yang sudah bersama ibu bapa peliharaan," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan William Leong (PH-Selayang) mengenai statistik kanak-kanak didera yang memerlukan perlindungan.



Nancy berkata, ada juga yang kembali ke pangkuan keluarga selepas penilaian mendapati keadaan dalam keluarga tidak lagi mendatangkan risiko memudaratkan kanak-kanak terbabit.

Menjawab soalan tambahan Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) mengenai langkah diambil bagi memastikan kanak-kanak dipelihara penjaga tidak berdepan risiko penderaan, Nancy berkata, pelindung atau individu yang dilantik mahkamah akan menjalankan pemantauan setiap tiga bulan sekali.

Katanya, langkah itu adalah antara prosedur operasi standard (SOP) selepas penempatan kanak-kanak dibuat.

Langkah ini turut dimasukkan dalam garis panduan pengurusan penempatan kanak-kanak kepada ibu bapa peliharaan.
https://www.bharian.com.my/berit ... inggi-dikendali-jkm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.050824 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list