View: 3020|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Gudang logistik runtuh: 10 kes sama di P Pinang sejak 2011
[Copy link]
|
|
Gudang logistik runtuh: 10 kes sama di P Pinang sejak 2011
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/KONKRIT_PEMBINAAN_RUNTUH_runtuoh2_1701239718.jpg)
Anggota bomba bersama agensi penyelamat yang lain melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa tertimbus dalam runtuhan sebuah gudang logistik yang sedang dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas, hari ini. - foto BERNAMA
Previous
Next
GEORGETOWN: Sebelum insiden runtuhan gudang logistik dalam pembinaan malam tadi yang setakat ini menyebabkan tiga maut, terdapat sekurang-kurangnya 10 kejadian serupa di Pulau Pinang sejak 2011.
Begitupun, bukan semua insiden runtuhan membabitkan bangunan.
Antara kejadian runtuhan yang direkodkan di negeri ini adalah seperti berikut:-
TIGA rumah di Georgetown ranap dihempap menara kren sehingga membunuh seorang lelaki berusia 64 tahun yang sedang tidur dalam bilik.
Dalam kejadian tengah malam itu, kren berkenaan yang berada di tapak pembinaan hotel 20 tingkat, dekat seberang jalan tidak jauh dari rumah mangsa.
Tiga lagi mangsa masing-masing pasangan berusia 70-an dan anak lelaki mereka berumur 55 tahun cedera dalam kejadian itu.
7 Jun 2013
Tanjakan ke Jambatan Kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan runtuh sekitar jam 7.45 malam di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dekat Batu Maung.
Sekurang-kurangnya seorang terbunuh manakala tiga kali cedera dalam kejadian itu.
13 Jun 2013
Ribut yang membadai Pulau Pinang meruntuhkan menara yang berada di atas bumbung bangunan UMNO negeri, sehingga menimpa beberapa kenderaan termasuk meragut nyawa seorang pemandu lori dekat Jalan Macalister.
13 November 2014
Sebahagian struktur bangunan di Western Digital dekat Zon Perindustrian Bebas, Bayan Lepas, runtuh sehingga menimpa seorang pekerja berusia 48 tahun lalu membunuhnya.
23 Disember 2014
Seorang pekerja warga Bangladesh berusia 30 tahun maut di tempat kejadian selepas dinding konkrit seberat satu tan menimpanya.
Kejadian berlaku di sebuah rumah pameran yang masih dalam pembinaan dekat Jalan Sultan Ahmad Shah.
8 Ogos 2016
Seorang pekerja warga Indonesia maut ditimpa runtuhan struktur bangunan dalam pembinaan di Jalan New Ferry
15 Februari 2019
Tiga pekerja maut manakala tiga lagi cedera parah apabila rangka bumbung bangunan yang sedang dalam pembinaan runtuh, dalam kejadian dekat Kawasan Perindustrian Prai.
26 Jun 2019
Empat pekerja Myanmar terbunuh selepas tembok penahan yang sedang mereka bina di Hotel Lost Paradise dekat Batu Ferringhi runtuh.
4 Disember 2020
Seorang pekerja kontrak warga Bangladesh maut manakala rakan sekerjanya mengalami kecederaan setelah dihempap runtuhan tiang cerucuk konkrit, semasa kerja pembinaan di sebuah kilang dekat Simpang Ampat.
9 November 2022
Tiga gadis yang menginap di Wisma Anak Yatim Perempuan Islam di Jalan Scotland cedera selepas bumbung asrama runtuh.
https://www.bharian.com.my/berit ... p-pinang-sejak-2011 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|