CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3236|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Syukur saya turun awal'

[Copy link]
Post time 29-11-2023 12:26 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berusaha mencari mangsa masih terperangkap dalam bangunan yang runtuh di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di Georgetown. FOTO Mikail Ong

Georgetown: Seorang pekerja di tapak pembinaan gudang logistik yang runtuh di Batu Maung, Bayan Lepas di sini, malam tadi, terselamat apabila turun lebih awal untuk berehat, beberapa minit sebelum kejadian.

Mohidul Islam, 43, warga Bangladesh berkata, dia bersama empat lagi rakan yang membuat kerja kayu di bahagian atas gudang turun untuk berehat sebelum tiba-tiba terdengar dentuman kuat dan keadaan menjadi kelam kabut selepas menyedari terdapat runtuhan pada struktur sedang dalam pembinaan itu.

"Saya bersyukur kerana turun awal, kalau tidak mungkin saya juga jadi mangsa.

"Kebanyakan kami di sini baru tiga bulan bekerja di tapak projek ini dan tidak menyangka akan berlaku kejadian seperti ini. Saya amat sedih kerana ramai rakan terkorban," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pagi ini.


Seorang lagi pekerja, Md Ikhtiar, 38, berkata, ketika kejadian 9.40 malam itu, dia bekerja di bahagian bawah gudang sebelum tiba-tiba terasa struktur bangunan itu seperti bergoyang.

Katanya, dia kemudian lari dan keluar menyelamatkan diri selepas mendengar jeritan daripada pekerja lain sebelum melihat gudang itu runtuh.

"Seorang daripada mangsa berjaya ditarik keluar tetapi keadaannya ketika itu sangat parah dan meninggal dunia tidak lama kemudian," katanya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan pagi ini memaklumkan JBPM mengalami kesukaran dalam mengalihkan rasuk-rasuk yang terjatuh bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus.

"Kren digunakan untuk mengalihkan struktur rasuk berat yang menghalang laluan masuk ke runtuhan dan kerja-kerja pengalihan ini memerlukan sedikit masa," menurut JBPM.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohamad Usuf Jan Mohamad pada sidang media di lokasi mengesahkan tiga pekerja warga Bangladesh maut dan dua parah, manakala empat lagi dikhuatiri masih tertimbus.

Beliau berkata, polis yang menerima maklumat kira-kira 9.45 malam dimaklumkan terdapat 18 pekerja berada di lokasi tetapi sembilan daripada mereka keluar untuk solat dan sembilan dilaporkan terperangkap.

Tapak binaan gudang logistik itu terletak di bahagian selatan Pulau Pinang dan bangunan itu kompleks perniagaan logistik tiga tingkat yang mempunyai pejabat, ruang parkir dan gudang.

Setakat 6 pagi tadi, empat mangsa dikhuatiri masih tertimbus dalam runtuhan tapak binaan itu yang berlaku malam tadi, tiga disahkan maut, manakala dua yang parah sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... kur-saya-turun-awal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.061891 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list