CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3394|Reply: 0

[Kedah] Pembantu farmasi didakwa sebabkan kematian adik

[Copy link]
Post time 29-11-2023 12:24 PM | Show all posts |Read mode

Pembantu farmasi di sebuah hospital swasta Nur Syuhaidah Mohd Sani dihadapkan ke Mahkamah Majisret di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian adik perempuannya yang juga orang kurang upaya. FOTO BERNAMA

Sungai Petani: Seorang pembantu farmasi di sebuah hospital swasta dihadapkan ke Mahkamah Majisret di sini, hari ini, atas tuduhan menyebabkan kematian adik perempuannya yang juga orang kurang upaya.

Nur Syuhaidah Mohd Sani, 36, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.

Mengikut pertuduhan, Nur Syuhaidah didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Nur Fatin Mohd Sani, 29, di sebuah rumah di Residensi Prima Puteri Jaya di sini, antara 5.30 petang 6 November hingga 11.30 pagi 20 November lepas.

Pertuduhan mengikut Sekysen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara bagi tempoh tidak kurang 30 tahun dan jika tidak dihukum gantung, boleh dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali jika sabit kesalahan.



Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amirul Halimi Md Salleh, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 31 Januari depan untuk sebutan semula kes.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... abkan-kematian-adik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.053839 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list