View: 2301|Reply: 0
|
Eilish mahu beraksi buat kali keempat di Olimpik
[Copy link]
|
|
EILISH yakin mampu untuk raih gangsa di Olimpik. -FOTO Reuters
London: Juara Komanwel, Eilish McColgan meluahkan keyakinan bahawa dia mampu untuk meraih pingat gangsa pada temasya Olimpik Paris tahun depan.
Atlet Scotland itu dijangka akan beraksi dalam acara 10,000m di Paris selain turut berharap dapat membuat penampilan sulung dalam acara maraton.
Atlet berusia 33 tahun itu dijangka akan beraksi dalam acara 10,000m di mana dia memenangi emas di Birmingham 2022 selain berharap membuat penampilan keempat di Olimpik.
"Tempoh waktu yang singkat untuk layak dalam acara maraton," katanya.
"Saya perlu layak menjelang April dan bermakna acara maraton London akan menjadi percubaan terakhir untuk melayakkan diri ke Paris dan hingga sekarang ia masih dalam perbincangan.
"Tapi keputusan itu masih dalam dipertimbangkan. Secara realistik, saya sudah melepasi masa kelayakan untuk acara 10,000m, jadi ia memberi saya masa sehingga akhir Jun untuk kembali cergas dan berada dipertasi terbaik untuk dipilih dalam acara maraton."
McColgan sebelum ini menarik diri untuk membuat penampilan sulungnya dalam marathon London tahun ini seminggu sebelum acara itu.
Dia bagaimanapun berharap dapat berlumba di Paris namun ketika ini masih belum menyertai mana-mana perlumbaan kerana masalah hamstring dan lutut yang memendekkan musim 2023.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -keempat-di-olimpik |
|
|
|
|
|
|
| |
|