CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3208|Reply: 0

[Pulau Pinang] Runtuhan Gudang: Operasi mencari dan menyelamat mangsa diteruskan

[Copy link]
Post time 29-11-2023 09:48 AM | Show all posts |Read mode
Runtuhan Gudang: Operasi mencari dan menyelamat mangsa diteruskan


BERNAMA



AMBULANS dilihat di ;lokasi kejadian runtuhan sebuah gudang logistik yang sedang dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas. FOTO Bernama



Georgetown: Operasi mencari dan menyelamat empat mangsa dikhuatiri masih tertimbus dalam insiden runtuhan sebuah gudang logistik yang sedang dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas di sini, diteruskan sejak malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan tugasan mengalihkan struktur yang runtuh oleh jentera berat sedang dijalankan.

"Kren digunakan untuk mengalihkan struktur beam berat yang menghalang laluan masuk ke runtuhan dan kerja-kerja pengalihan ini memerlukan sedikit masa," menurut JBPM dalam kenyataan pagi ini.

Kenyataan itu memberitahu anggota JBPM mengalami kesukaran dalam mengalihkan rasuk-rasuk yang terjatuh bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus.

"Kesukaran kita setakat ini ialah mengalihkan struktur yang terjatuh kerana ia membabitkan struktur konkrit yang berat dan besar. Kerja-kerja ini memerlukan jentera mesin untuk mengangkat dan membersihkan kawasan supaya pasukan penyelamat boleh akses kepada lokasi mangsa.

"Kita menggunakan kren dan khidmat anjing pengesan jika dikhuatiri ada mangsa yang tidak dilaporkan. Kita akan teruskan operasi sehingga semua mangsa dikeluarkan," menurut kenyataan itu.

Setakat 6 pagi tadi, empat mangsa dilaporkan dikhuatiri masih tertimbus dalam runtuhan tapak binaan itu yang berlaku malam tadi, tiga disahkan maut manakala dua yang cedera parah sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.



Disiarkan pada: November 29, 2023 @ 9:19am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.055112 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list