CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11585|Reply: 4

[Pulau Pinang] Bangunan runtuh: Seorang maut, tiga parah, lima masih tertimbus

[Copy link]
Post time 29-11-2023 02:02 AM | Show all posts |Read mode
Bangunan runtuh: Seorang maut, tiga parah, lima masih tertimbus


Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



PETUGAS kesihatan membawa mangsa cedera ke dalam ambulans untuk dihantar ke hospital. FOTO NSTP




Bayan Lepas: Bomba mengesahkan seramai lima mangsa masih tertimbus dalam kejadian bangunan runtuh di Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat BBPBayan Baru Azrul Khairi Abu Bakar berkata, dalam kejadian itu empat mangsa sudah dibawa keluar termasuk seorang yang maut.

"Seramai tiga lagi cedera parah dan kesemuanya sudah dihantar ke hospital bagi tindakan lanjut," katanya ketika hubungi di sini, hari ini.


PASUKAN perubatan berusaha menyelamatkan mangsa cedera selepas terperangkap dalam bangunan yang runtuh. FOTO NSTP
Menurut Azrul Khairi, difahamkan ketika kejadian terdapat seramai 18 pekerja sedang bertugas.

"Sembilan daripadanya kemudian berehat bagi menunaikan solat manakala sembilan lagi meneruskan kerja," katanya.

Terdahulu, menerusi laporan awal, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang mengesahkan terdapat sembilan mangsa yang terperangkap dalam kejadian.

Tinjauan pada masa ini mendapati selain JBPM, pelbagai agensi seperti PDRM, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan lain-lain masih melakukan kerja menyelamat.

Bangunan yang sedang dalam pembinaan itu adalah kompleks perniagaan logistik tiga tingkat yang mempunyai pejabat, ruang parkir dan gudang.



Disiarkan pada: November 29, 2023 @ 1:11am








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2023 02:04 AM | Show all posts

  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2023 02:06 AM | Show all posts





Operasi SAR giat dijalankan di lokasi kejadian. - NSTP/MIKAIL ONG





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2023 02:07 AM | Show all posts



Operasi SAR giat dijalankan di lokasi kejadian. - NSTP/MIKAIL ONG
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2023 02:08 AM | Show all posts



Operasi SAR giat dijalankan di lokasi kejadian. - NSTP/MIKAIL ONG
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.143226 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list