CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5302|Reply: 0

[Kedah] GLC dicadang perkenal perkhidmatan feri ke Langkawi

[Copy link]
Post time 28-11-2023 04:22 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib BERNAMA

Alor Setar: Kerajaan negeri dicadang memulakan perkhidmatan feri yang dimiliki sendiri syarikat berkaitan negeri (GLC) bagi memudahkan penduduk dan pelancong bergerak ke Langkawi pada masa hadapan.

Amar Pared Mahamud (PN-Kuah) berkata, perkhidmatan itu boleh dikenali sebagai Feri Kedah Sejahtera dan menjadi persediaan kepada program Tahun Melawat Kedah 2025.

Jelasnya, kewujudan kemudahan itu dapat memberi pilihan kepada pengguna, sekali gua mengatasi masalah kekurangan kekerapan perjalanan feri yang berlaku ketika ini.

"Ini adalah antara persediaan sempena Tahun Melawat Kedah 2025, kerajaan negeri perlu mewujudkan ekosistem pelancongan yang mesra pelancong.



"Segala perkara yang boleh menjejaskan sektor pelancongan di negeri ini harus ditangani segera, antaranya adalah isu feri menghubungkan Langkawi dengan Kuala Kedah dan Kuala Perlis yang tidak berpenghujung," katanya.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan Belanjawan Kedah 2024 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini.

Amar Pared berkata, kerajaan negeri dan rakyat bakal menerima pelbagai faedah sekiranya usaha mewujudkan perkhidmatan Feri Kedah Sejahtera berjaya dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.

"Ini kerana rakyat dan pelancong terus dihimpit dek percaturan dan monopoli pengusaha (perkhidmatan feri sedia ada) yang mengejar keuntungan semata-mata.

"Dengan wujudnya konsortium alternatif ini, perkhidmatan feri sedia ada pastinya bertambah baik dengan operator feri juga akan menawarkan harga tambang serta servis lebih bermutu dan kompetitif," katanya.

Sementara itu, beliau turut meminta kerajaan negeri dan kerajaan Pusat dapat duduk semeja terutamanya dalam membantu menyelesaikan isu pelancongan di Kedah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.045458 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list