CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 961|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ramasamy tubuh parti Urimai

[Copy link]
Post time 27-11-2023 05:12 PM | Show all posts |Read mode
Ramasamy tubuh parti Urimai

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
  27 November 2023    04:11pm







Ramasamy




GEORGE TOWN - Bekas Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy telah menubuhkan satu parti baharu yang dikenali sebagai Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia atau Urimai.
Urimai merupakan perkataan dalam bahasa Tamil yang bermaksud hak rakyat dan kaum.

Ramasamy berkata, penubuhan itu dibuat bersama beberapa rakan lain termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, M Satees dan bekas Ketua Cawangan DAP Batu Kawan, David Marshel.



"Kami sudah hantar permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dan sedang menunggu untuk diluluskan.
"Sementara kita menunggu pendaftaran parti secara sah, Urimai adalah satu gerakan yang mana kita telah melancarkannya pada jam 4 petang semalam (Ahad) di Kuala Lumpur.


"Ia bagi memperkenalkan Urimai kepada masyarakat India kerana mereka ini adalah kelas bawahan. 75 peratus masyarakat India adalah golongan pekerja dan satu kaum yang ditindas dan dipinggirkan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Kata bekas Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang itu lagi, dengan penubuhan Urimai, beliau berharap agar kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan lebih menghormati kaum India di negara ini.

"Saya dan rakan-rakan menubuhkan parti baharu ini selepas melihat kaum India di negara ini diabaikan dan hak mereka seolah-olah dinafikan. 18 tahun saya dalam DAP, mereka kata Pakatan Harapan yang juga ada PKR adalah parti pelbagai kaum sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya.

"Saya lihat, politik pelbagai kaum yang diamalkan PH sangat mengelirukan. Dalam DAP, ada 20 peratus kaum India manakala 40 peratus dalam PKR. Walaupun kaum India bukan besar, tetapi penglibatan mereka dalam DAP dan PKR hebat," katanya.


Beliau menambah, sebelum ini, DAP dan PKR adalah parti yang hebat namun selepas menjadi Kerajaan, kedua-duanya dilihat lemah terutamanya dalam mempertahankan hak kaum bukan Melayu.

"Sebelum ini, mereka lantang menyuarakan hak asasi rakyat, hak bukan Melayu dan sebagainya, tetapi selepas jadi Kerajaan, saya rasa pemimpin kedua-dua parti ini bukan seperti dahulu. Dulu mereka hebat tetapi kini mereka seperti pasif sangat.









"Saya nampak DAP dan PKR ini walaupun mereka gelar sebagai parti kepelbagaian kaum, tetapi sebenarnya mereka tidak memperjuangkan hak semua kaum pun.

"Mereka tidak mahu bincang apa-apa isu kontroversi sedangkan mereka gelar mereka sebagai parti pelbagai kaum. Masyarakat India merasakan hasrat dan hak mereka telah dipadamkan selain merasakan permintaan mereka tidak diberi satu pertimbangan yang sewajarnya," katanya.

Sebelum ini, Ramasamy yang juga bekas ADUN Perai mengumumkan keluar parti DAP dan meletakkan semua jawatannya dalam parti itu.

Kata beliau, alasan beliau mengambil keputusan meninggalkan DAP adalah kerana parti itu tidak menghargai perbezaan pendapat selain tiada sikap keterbukaan daripada dalaman parti.

Jelas beliau selain itu, beliau meninggalkan DAP kerana tidak berpuas hati dengan cara parti membuat keputusan yang menggugurkan beberapa nama pemimpin muda.

Ramasamy juga mendakwa, kepimpinan parti di peringkat kebangsaan juga telah bergantung kepada seorang individu yang digelar maharaja.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.058315 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list